Trek Kempen meninjau sekitar aktiviti berkempen di kerusi Parlimen Jempol (P127) yang menyaksikan penyanyi lagu Janji Manismu, Wan Aishah Wan Ariffin calon dari PAS.

Aishah bakal menentang calon BN, Mohd Isa Abdul Samad.

Dalam pilihan raya umum lalu, P127 dimenangi oleh Datuk Lilah Yasin yang memperoleh 25,294 undi menewaskan calon PAS, Siti Meriam Naan dengan majoriti 12,320.

Parlimen Jempol mempunyai 65,332 pengundi dengan pengundi Melayu sebanyak 60%, Cina 25% dan India 13%.

Sementara itu, di kerusi DUN Sikamat (N13) menampilkan Wan Salwati Abdullah dari BN.

Kerusi DUN N13 Sikamat terdahulu dimenangi oleh Aminuddin Harun dari PKR yang memperoleh 6,036 undi setelah menewaskan calon BN, Datuk Md Yusop Harmain Shah dengan majoriti sebanyak 499.

DUN N13 Sikamat mempunyai 19,671 pengundi dengan pengundi Melayu mewakili sebanyak 63%, Cina 27% dan India 9%.