Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadapi pertandingan satu lawan satu dengan pencabar yang sama pada 2008 bagi mempertahan kerusi Parlimen Pagoh pada pilihan raya umum, 5 Mei ini.
Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) sekali lagi akan berdepan dengan calon PAS Mohd Rozali Jamil yang ditewaskan beliau pada PRU12.
Pengesahan pencalonan mereka diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Pagoh, Zulkifly Mohd Tahir pada kira-kira pukul 11.50 pagi.
Terdahulu, timbalan perdana menteri menyerahkan kertas penamaan calon beliau di pusat penamaan calon di Kompleks Sukan Pagoh di sini, pada pukul 9.30 pagi, manakala lawannya mengemukakan kertas pencalonan pada pukul 9.01 pagi.
Pada pilihan raya umum 2008, Muhyiddin memperoleh 21,028 undi manakala Mohd Rozali yang merupakan pendakwah bebas, memperoleh 8,447 undi.
Sementara itu, dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah kawasan Parlimen Pagoh turut menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN dan pakatan pembangkang.
Bagi DUN Bukit Serampang, calon BN Ismail Mohamed akan ditentang calon PKR Saadon Abdullah, manakala di DUN Jorak, Datuk Dr Sharuddin Md Salleh (BN) akan berdepan calon Muslimat PAS, Norhayati Bachok.
Ismail yang juga Ketua Pemuda Umno Bakri merupakan muka baharu yang ditampilkan BN manakala Sharuddin ialah penyandang kerusi DUN Jorak.
Bernama
Sat Apr 20 2013
Nyawa tiada nilai, maruah pula dibuat main oleh Israel
Sudahlah kejam, jijik, tidak beradap pula. Tidak cukup dengan kekejamannya membunuh berpuluh ribu rakyat Palestin, nyawa manusia di bumi Gaza itu bagaikan tiada nilai buat mereka. Dalam beberapa video yang tular baru-baru ini, tentera Israel dengan bangganya memperolok maruah rakyat Palestin dengan bermain pakaian dalam wanita yang ditemui di rumah-rumah penduduk di situ.
Libya giat langkah kumpul derma untuk Gaza
Libya tampil dengan beberapa inisiatif mengumpul dana untuk dihantar ke Gaza.
Antara kempen bantuan yang diiktiarkan termasuk kempen yang bermatlamat untuk mengumpul 2,000 tan bantuan yang akan dimuatkan ke dalam kapal berlayar dari Misrata ke Pelabuhan Arish sebelum ianya dihantar ke Enklaf Gaza menerusi laluan Rafah.
Antara kempen bantuan yang diiktiarkan termasuk kempen yang bermatlamat untuk mengumpul 2,000 tan bantuan yang akan dimuatkan ke dalam kapal berlayar dari Misrata ke Pelabuhan Arish sebelum ianya dihantar ke Enklaf Gaza menerusi laluan Rafah.
Kisah bayi Leila Jeneid bukti Israel tidak berhati perut
Leila Jeneid, bayi yang berusia dua bulan belum lagi berkesempatan merasai nikmat hidup dan mendapat pelukan mesra keindahan dunia. Baru sahaja mencelik mata, dia sudah diuji dengan kesengsaraan kekurangan zat sehingga menyebabkannya berakhir di hospital.
TikTok perkenal pusat pilihan raya bagi tangani info palsu
TikTok merancang untuk melancarkan pusat pilihan raya dalam talian di platform itu sebagai sebahagian daripada usaha menyokong integriti pilihan raya sepanjang 2024.
Lebih daripada dua bilion orang dalam lebih 50 negara dijangka keluar mengundi tahun ini dan pusat pilihan raya itu akan digunakan untuk menunjukkan kepada orang ramai maklumat yang boleh dipercayai.
Lebih daripada dua bilion orang dalam lebih 50 negara dijangka keluar mengundi tahun ini dan pusat pilihan raya itu akan digunakan untuk menunjukkan kepada orang ramai maklumat yang boleh dipercayai.
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat 27 Mac susulan cuaca panas.
Puluhan wau 'warnai' langit malam Kampung Panchor
Cuaca panas yang melanda Kedah sejak kebelakangan ini dilihat sedikit sebanyak merubah rutin seharian penduduk setempat. Di Kampung Panchor, Pendang, sekumpulan anak muda telah memulakan satu aktiviti yang jarang dilihat di kawasan lain iaitu bermain wau pada waktu malam.
Dua jasad dari enam mangsa hilang ditemukan
Dua jasad daripada enam pekerja pembinaan yang hilang dalam insiden jambatan yang runtuh di Baltimore, Amerika Syarikat telah ditemukan pada Khamis.
6 kereta, tiga rumah terjejas dalam kejadian pokok tumbang di KL
Hujan lebat di sekitar kawasan Kuala Lumpur pada petang Khamis menyebabkan beberapa pokok tumbang dan menghempap kenderaan orang awam.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerusi kenyataan berkata, pihaknya menerima lapan laporan pokok tumbang di beberapa kawasan termasuk di Bukit Jalil, Sri Petaling dan Taman Salak Selatan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerusi kenyataan berkata, pihaknya menerima lapan laporan pokok tumbang di beberapa kawasan termasuk di Bukit Jalil, Sri Petaling dan Taman Salak Selatan.
Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza dilancar
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Khamis berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza, iaitu antara inisiatif kerajaan Selangor bagi membangunkan semula wilayah Gaza di Palestin.
Baginda menerusi kenyataan bertitah Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza, yang dijalankan dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), melibatkan tiga projek pembangunan di atas tanah wakaf di Gaza, yang memerlukan dana berjumlah RM8.7 juta.
Baginda menerusi kenyataan bertitah Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza, yang dijalankan dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), melibatkan tiga projek pembangunan di atas tanah wakaf di Gaza, yang memerlukan dana berjumlah RM8.7 juta.
Tol percuma pada 8 dan 9 April sempena Aidilfitri - Nanta
Kerajaan bersetuju memberikan kemudahan tol percuma selama dua hari pada 8 dan 9 April kepada semua pengguna lebuh raya bagi kenderaan kelas 1 (persendirian) yang akan pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri tahun ini.
Kerjasama politik dengan Pas bukan agenda utama - Pemuda UMNO Kedah
Pemuda UMNO Kedah menyarankan agenda kerjasama politik di antara PAS dan UMNO bukanlah keutamaan yang perlu ditumpukan oleh UMNO pada masa ini.
'Inilah apa yang ahli keluarga lakukan' - 4 respon Nazir mengenai perpindahan dana AS$7 juta
Datuk Seri Nazir buat pertama kali menjawab soalan berkenaan perpindahan dana AS$7 juta yang diajukan media tempatan. Astro AWANI mengupas respon utama beliau mengenai isu ini.
Najib berjaya batal saman PKR berhubung dakwaan belanja PRU13
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan tiga yang lain hari ini berjaya membatalkan saman yang difailkan PKR atas dakwaan berbelanja berlebihan dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan, Lajim kekalkan kerusi Klias
Hakim memutuskan rayuan yang dikemukakan Isnin Aliasnih terhadap Datuk Lajim Ukin tidak mempunyai merit.
'Tsunami Cina' masih wujud di Kajang, kata penganalisis politik
Lapan bulan selepas PRU-13, sokongan masyarakat Cina semasa PRK ini boleh dinilai terutamanya jika MCA mempunyai satu strategi baru.
ISMA mahu dunia iktiraf Malaysia hak Melayu
NGO itu mahu masyarakat dunia mengiktiraf negara ini sebagai warisan dan hak orang Melayu kerana orang Melayu telah ada di tanahair ini jauh lebih lama berbanding kaum-kaum lain.
Perutusan Tahun Baru Perdana Menteri
Tanggungjawab kerajaan dan keutamaan saya adalah untuk memastikan keamanan, kestabilan dan kemajuan berterusan kerana masa depan negara bergantung kepada faktor-faktor ini.
Mahkamah tolak petisyen Pilihan Raya Kuala S'gor, Sg Besar, Sabak Bernam dan Sepang
Hakim Datuk Zaleha Yusof membuat keputusan itu setelah mendapati pempetisyen tidak menyatakan fakta yang jelas dan mencukupi.
BN kekal kemenangan di kerusi Dun Lubok Merbau
Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli membuat keputusan itu selepas mendapati pempetisyen gagal mengikuti kehendak-kehendak mandatori dan petisyen yang difailkan Abdul Karim Abdul Rashid cacat.
BN kekal kemenangan di kerusi parlimen Titiwangsa
Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof membuat keputusan itu selepas mendapati petisyen yang difail Rusli Yasmin cacat.