Kerusi Parlimen Tawau (P190) menampilkan Datuk Mary Yap Kain Ching yang mewakili Barisan Nasional.

Dalam pilihan raya umum lalu, P190 dimenangi oleh Datuk Dr. Chua Soon Bui dari Parti Maju Sabah (SAPP) mengalahkan calon dari DAP, Chan Foong Hin dengan majoriti sebanyak 4,867 undi.

Parlimen Tawau mempunyai 51,538 jumlah pengundi dengan tiga DUN dibawahnya iaitu Balung, Apas dan Sri Tanjong.

Sementara itu, kerusi Parlimen Serdang (P102) menampilkan Dr Ong Kian Ming dari DAP.

Kerusi P102 terdahulu dimenangi oleh Teo Nie Ching mengalahkan calon dari Barisan Nasional, Datuk Hoh Hee Lee dengan undian majoriti sebanyak 2,1025.

Parlimen Serdang mempunyai 133,139 pengundi dengan tiga DUN dibawahnya iaitu Bangi, Balakong dan
Seri Kembangan.

Wartawan Tan Su Lin dan Cynthia Ng mengikuti kempen kedua-dua calon itu dan mengirimkan laporan video ini.