Walaupun baru melahirkan anak, Nicole Wong Siaw Ting telah bertekad akan memenangi hati penduduk Seputeh, kawasan yang akan diwakilinya pada 5 Mei ini.

Walaubagaimanapun, penduduk Seputeh sememangnya telah biasa dengan Nicole, yang masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anaknya yang kedua.

“Dua tahun lalu, MCA telah meletakkan saya di kawasan Seputeh dan meminta saya menyelesaikan masalah yang berlaku di situ. Sepanjang waktu tersebut, saya bertemu dengan masyarakat dan cuba menyelesaikan masalah mereka sebaik mungkin,” katanya kepada Astro Awani.

Nicole berkata sebahagian besar rungutan rakyat berkenaan pokok-pokok yang terlalu besar, jalan raya rosak dan tiang lampu yang rosak.

“Melalui pertemuan saya dengan penduduk di sini, saya dapati kebanyakkan masalah mereka tidak diselesaikan oleh Ahli Parlimen Teresa Kok, walaupun beliau merupakan penyandang untuk kawasan tersebut sejak tiga penggal lalu,” katanya.

Terdapat lebih kurang 86,000 pengundi di Seputeh.

Nicole