Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama dengannya dalam usaha pemulihan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) supaya meletakkan jawatan.

Memetik akhbar Utusan Malaysia pada hari ini, kenyataan Najib itu dibuat semasa mesyuarat Kabinet Jumaat lalu selepas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah selesai membentangkan pelan hala tuju 1MDB kepada semua anggota Kabinet.

"Perdana Menteri meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama dengan beliau dalam isu 1MDB meletakkan jawatan tetapi tiada seorang pun berbuat demikian (menyatakan tidak bersama)," kata sumber itu kepada Utusan Malaysia.

Syarikat pelaburan 1MDB sehingga hari ini hebat dikritik pelbagai pihak termasuk menimbulkan pelbagai persoalan dalam beberapa aspek pelaburan yang dibuat oleh syarikat pembangunan strategik itu.

BACA : Isu unit pelaburan 1MDB jadi perbalahan wakil rakyat di Twitter

BACA : Dakwaan 1MDB rugi RM42 bilion diputar belit, kata Najib

BACA : 'Mengarutlah suruh orang berhenti bercakap tentang 1MDB' - Tun M

Selasa lalu, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad, dilaporkan menyarankan agar menteri yang tidak bersetuju dengan keputusan bersama Kabinet berkaitan isu 1MDB agar meletakkan jawatan.

Ahli veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah minggu lalu juga berpendapat seluruh anggota Kabinet seharusnya memikul tanggungjawab bersama dalam berhadapan isu 1MDB dan tidak membiarkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menghadapinya secara berseorangan.

BACA: Seluruh Kabinet bertanggungjawab, bukan Najib seorang - Ku Li

BACA : Menteri Kewangan Kedua nafi laporan 1MDB akan dibubar

BACA : IPIC akan suntik AS$1 bilion kepada 1MDB - Husni Hanadzlah