Kira-kira 2,000 orang daripada 38 cawangan Parti Warisan Sabah (Warisan) di bahagian Putatan pada Rabu menyerahkan borang keahlian parti.
Borang keahlian itu diserahkan oleh ketua-ketua cawangan berkenaan kepada Ketua Bahagian Warisan Putatan Terence Siambun dan disaksikan oleh Pembantu Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Uda Sulai.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Terence berkata kebanyakan mereka yang menyertai Warisan itu adalah bekas anggota UMNO yang telah meninggalkan parti berkenaan sebelum ini.
"Ada juga dalam kalangan mereka yang belum pernah menyertai mana-mana parti sebelum ini...dan saya lihat kemasukan beramai-ramai pada hari ini menunjukkan parti ini semakin diterima oleh rakyat," katanya.
Beliau berkata kemasukan kira-kira 2,000 anggota baharu itu kini menjadikan Warisan Putatan kini mempunyai lebih 10,000 ahli dan lebih 100 cawangan.
Sementara itu, Uda yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Petagas berkata kemasukan anggota baharu berkenaan akan memperkuatkan lagi parti itu di bahagian tersebut.
"Kemasukan ini menunjukkan keyakinan masyarakat Putatan terhadap Warisan. Mereka yang menyertai Warisan ini tidak dipaksa dan tiada habuan yang diberikan kepada mereka.
"Oleh itu saya meminta semua anggota parti di Putatan ini terus menyokong pucuk pimpinan demi pembangunan di Sabah khususnya di Putatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 30 2019
Sebahagian daripada ketua-ketua cawangan parti pembangkang kawasan Putatan yang menyertai parti Warisan pada majlis penerimaan borang keahlian parti Warisan pada Rabu malam. - Bernama
Bomba pujuk lelaki kurang siuman baring atas bumbung rumah
Mangsa berjaya dibawa turun dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [29 Mac 2024]
Suami artis Indonesia Sandra Dewi ditangkap kes rasuah
Netizen ungkit kisah perkahwinan Sandra Dewi dan suuami di Disneyland serta hadiahkan anak jet peribadi.
Lebih 100 pelajar Nigeria berjaya diselamatkan tentera
Tentera Nigeria telah menyelamatkan pelajar dan kakitangan yang diculik oleh lelaki bersenjata dari sebuah sekolah di utara negara itu.
Burung unta 'kesunyian' nekad larikan diri
Haiwan digelar Tadori itu bagaimanapun berjaya ditangkap dan dihantar semula ke taman ekologi selepas berkeliaran selama hampir sejam.
AWANI Pagi: Wajarkah asas teknologi AI diajar dalam pendidikan rendah?
Apa rasional di sebalik cadangan memperkenalkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) di peringkat sekolah rendah? Dr Khadijah Said Hashim, Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM akan berkongsi pandangannya sama ada ia boleh dilaksanakan atau sebaliknya dalam #AWANIPagi
Arab Saudi dipilih pengerusi Suruhanjaya Status Wanita ke-69
Abdulaziz Alwasil dari Arab Saudi akan berkhidmat sebagai pengerusi sesi ke-69 CSW.
KBS kembali beri tumpuan ke sekolah
Kementerian Belia dan Sukan akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet berpotensi pada masa depan.
“Saya tak benarkan Diana buat bariatrik” - Farid Kamil
Farid lebih yakin hanya cara semula jadi lebih selamat untuk menurunkan berat badan.
Pemandu bas kilang ditahan, rempuh penunggang motosikal sehingga maut
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
Segera tambah ahli! Tiada makna jadi ketua jika tiada pengikut - Dr Mahathir
Dr Mahathir berkata Bersatu yang baru berusia tiga tahun tidak mampu untuk terus mendapat sokongan jika bahagian dan cawangan tidak diperkasa dengan menambah ahli.
2,000 sertai Warisan di Putatan
Kebanyakan mereka yang menyertai Warisan itu adalah bekas anggota UMNO yang telah meninggalkan parti berkenaan sebelum ini.
Nazri tidak terkejut jika Tun Mahathir kembali kepada UMNO
Menurut Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, bertukar parti dan kembali ke parti asal adalah resam dalam politik walaupun untuk kali ketiga.
Mulakan segera pendaftaran keahlian automatik UMNO - Mas Ermieyati
Pergerakan Puteri UMNO meminta pucuk pimpinan parti segera melaksanakan pendaftaran automatik parti ke sayap tertentu mengikut kriteria yang ditetapkan.