MCA pada Isnin memutuskan 30 Nov hingga 1 Dis sebagai tarikh baharu Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) parti itu, berikutan tarikh yang telah ditetapkan sebelum ini bertembung dengan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.
Setiausaha Agungnya, Datuk Chong Sin Woon, dalam kenyataannya berkata AGM itu bermula akan pada malam 30 Nov hingga 1 Dis manakala AGM bagi Pemuda serta Wanita MCA pula pada 30 Nov.
Rabu lalu, MCA memaklumkan penangguhan AGM parti itu yang dijadualkan pada 2 hingga 3 Nov, berikutan tarikh itu bertembung dengan hari penamaan calon PRK Tanjung Piai.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon PRK Parlimen Tanjung Piai pada 2 Nov, pengundian awal pada 12 Nov dan hari pengundian pada 16 Nov ini.
PRK Tanjung Piai diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Md Farid Md Rafiq, 42, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, 21 Sept lalu, berikutan komplikasi jantung.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 07 2019
MCA pada Isnin memutuskan 30 Nov hingga 1 Dis sebagai tarikh baharu AGM parti itu. -Gambar fail
Kuasa bekukan permit pemindahan padi antara negeri di bawah Akta 522 - KPB
Kuasa membekukan permit pemindahan padi antara negeri adalah di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) melalui fungsi Ketua Pengarah KPB.
Air Balang RM1 jadi tumpuan Bazar Ramadan Temenggong, Kulai
Bukan sekadar berniaga, pengusaha Air Balang RM1 juga ambil kesempatan lakukan jariah di bulan penuh kemuliaan.
Anggota polis didakwa minta, terima rasuah direman empat hari
Tiga anggota polis direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM7,800.
Persembahan bertenaga Dolla pukau penonton di China
Aksi bertenaga mereka mendapat sambutan hangat daripada penonton di negara itu, menandakan langkah berani Dolla keluar dari zon selesa di negara ini mula menampakkan hasil.
AWANI Ringkas: Agihan RM0.67 bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bedah siasat: PSM libatkan jururunding, kontraktor padang SNBJ
Perbadanan Stadium Malaysia akan mengadakan mesyuarat 'post mortem' bersama juruperunding dan kontraktor padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) minggu hadapan.
Pelapor Khas PBB kumpul bukti genosid Israel diugut
Pelapor Khas PBB mendedahkan beliau menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di Genting Gaza.
Pantau Agenda Reformasi: Israel terus berdegil, apa peranan global?
Perbincangan memfokus kepada strategi global dalam mendepani kedegilan rejim Zionism yang terus menerus melancarkan serangan ke arah Palestin walaupun Majlis Keselamatan PBB (UNSC) tela menuntut gencatan senjata segera di Gaza, pada Isnin.
Keliling kampung, ketuk buluh kejut penduduk bersahur
Pasukan gerak sahur di Teluk Bahang di sini masih mengejutkan penduduk di kawasan itu untuk bangun bersahur walaupun sudah dua minggu umat Islam berpuasa.
PADU: Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan - Pakar
Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan pengguna untuk memastikan pendaftaran sistem PADU berjaya.
Bursa Malaysia catat sejarah laksana AGM secara maya sepenuhnya
Bursa Malaysia Bhd mencatat sejarah dalam dunia korporat Malaysia apabila menjadi syarikat pertama di negara ini yang mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) secara maya sepenuhnya.
Isu pengagihan royalti jadi topik utama perbincangan AGM Karyawan ke-19
Presidennya, Datuk Freddie Fernandez berkata, isu ini perlu diselesaikan segera memandangkan ramai artis tertanya-tanya mengenai royalti yang sepatutnya mereka dapat.
Perpecahan DAP Kedah berpunca daripada anggota dalaman - Guan Eng
Lim Guan Eng berkata perpecahan parti itu di Kedah berlaku disebabkan ada anggotanya yang cuba mengelirukan anggota lain serta melakukan tindakan yang menggugat keutuhan parti.