Masuk minggu kedua kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, cakap-cakap dari jentera Pakatan Harapan (PH) mendedahkan kononnya ada musuh dalam selimut dalam kalangan mereka.
Menurut satu sumber yang melabelkan individu itu sebagai "double agent" (ejen musuh), individu terbabit merupakan seorang yang memegang jawatan penting di dalam PH Cameron Highlands.
"Beliau ada pertalian dengan Barisan Nasional (BN) dan ada pertalian saudara dengan salah seorang pemimpin penting dalam UMNO.
"Kami tidak tahu tentang ini sebelum ini jadi kami memang menyokong penuh beliau, tetapi kebelakangan ini banyak program PRK kami seperti disabotaj," dakwa sumber itu kepada Astro AWANI.
Apabila diminta untuk menerangkan bagaimana individu itu mensabotaj program PH di sini, sumber itu berkata "double agent" itu sering melengahkan perjalanan sesebuah program dimana akhirnya program itu sama ada dibatalkan atau tidak mendapat sambutan.
Seorang lagi sumber berkata, individu itu sering meminta wang daripada pemimpin PH dan enggan meneruskan program tersebut sekiranya tidak mendapat peruntukan yang banyak.
"Kami sampai rasa malu dengan pemimpin PH yang turun berkempen di sini kerana 'spy' itu asyik minta duit. Kalau tak dapat wang yang banyak, beliau akan batalkan program.
"Ataupun sambutan program sangat hambar. Beliau juga jarang sekali berbincang dengan pihak pengurusan PRK apabila membuat program di sini," kata sumber itu lagi.
Astro AWANI akan mendapat pengesahan lanjut berhubung dakwaan itu dari pucuk kepimpinan PH.
Pengundi Cameron Highlands akan keluar memilih Ahli Parlimen terbaharu mereka pada 26 Januari ini manakala hari pengundian awal pada 22 Januari.
PRK empat penjuru ini menampilkan M. Manogaran dari Pakatan Harapan, Ramli Md Nor dari Barisan Nasional dan dua calon Bebas iaitu Wong Seng Yee dan Sallehudin Ab Talib.
Arfa Yunus
Sat Jan 19 2019
Sumber itu berkata "double agent" itu sering melengahkan perjalanan sesebuah program dimana akhirnya program itu sama ada dibatalkan atau tidak mendapat sambutan. - Gambar hiasan/BERNAMA
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
7,000 jemaah meriahkan Semarak Subuh Johor bersama Astro
Lebih 7 ribu jemaah hadir mengerjakan solat Subuh sempena Semarak Subuh di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn, di sini, pagi tadi.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemunculan Siti Nurhaliza gamatkan suasana lokasi terakhir Jelajah Jiwa SME
Pelantun Aku Cinta Padamu ini turut menitipkan pesanan kepada usahawan muda agar tidak mudah putus asa dalam menjalani episod turun naik dalam perniagaan.
'Jelajah Jiwa SME' Astro AWANI di destinasi terakhir The Curve Jumaat hingga Ahad ini
Pengunjung berpeluang membeli produk-produk keluaran tempatan di samping mendapat akses terus mengenai informasi berkenaan keusahawanan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bakal Calon Presiden Indonesia, Dr Anies Baswedan di Agenda AWANI malam ini
Dalam rancangan Dzulfitri Yusop tersebut, Anies berkongsi visi dan misi beliau, sempena kempen Pemilihan Presiden Indonesia 2024