Pahang mungkin dikenali sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN), lantaran sekian lama menjadi medan untuk pemimpin-pemimpin utama peringkat nasional dalam parti dan kerajaan.
Salah satu pastinya adalah parlimen Pekan yang menjadi tuan rumah kepada Pengerusi BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Namun persoalannya pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) ini, adakah BN masih lagi boleh menganggap Pahang sebagai salah satu kubu kuatnya apabila pembangkang mengetengahkan calon-calon baharu, terutamanya di kawasan marginal.
Di kerusi parlimen Bentong, Presiden MCA Liow Tiong Lai harus memperlihatkan kekuatan luar biasa untuk mempertahankan kawasannya apabila DAP sekali lagi membariskan aktivis alam sekitar Wong Tak sebagai calon di Bentong.
Pada PRU13, Wong Tak kalah kepada Liow dengan margin sikit iaitu sebanyak 379 undi. Sementara itu, di bahagian kerusi negeri, DAP membariskan calon Melayu dan bukan Melayu termasuk menampilkan muka-muka baharu seperti Young Shefura Othman atau Rara yang akan bertanding di N34 Ketari.
Dr Kamache Doray Rajoo pula akan mempertahankan kerusi negeri N35 Sabai, Lee Chin Chen di N33 Bilut, sementara calon Parti Amanah Nasional (Amanah) akan mengetengahkan Norhaizan Abu Hasan di N36 Pelangai bagi menentang calon UMNO yang juga Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan calon Pas yang bakal diumumkan pada 19 April ini.
Calon Melayu DAP
DAP pada kali ini membariskan tiga calon Melayu berbanding dua pada PRU13 dengan keyakinan memenangi semua kerusi dipertandingkan yang mungkin berkaitan dengan keputusan untuk bertanding menggunakan logo PKR pada kali ini.
Di Raub, Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun bakal berdepan dengan Ketua Pembangkang DUN Pahang Tengku Zulpuri Raja Puji bagi kerusi Parlimen. Tengku Zulpuri yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan bakal menggantikan bekas Ketua Penerangan UMNO Pekan, Datuk Mohammad Arif Sabri, yang diserang angin ahmar dan mengalami masalah kesihatan untuk bertanding.
Pastinya apabila DAP Pahang disebut, nama besar seperti Leong Ngah Ngah yang telah menjadi wakil rakyat selama enam penggal menjadi bahan bualan.
Baru-baru ini, Pengerusi DAP Pahang itu membuat kejutan apabila mengumumkan akan menarik diri dari bertanding pada PRU14 kerana faktor usia dan sudah terlalu penat.
Leong pada PRU13 bertanding di N1 Tanah Rata selepas memberi laluan kepada anak perempuannya untuk bertanding di N38 Triang.
Leong yang pernah menjadi satu-satunya ahli DUN pembangkang di Pahang pada suatu masa dahulu berkata, dia masih akan membantu DAP sewaktu musim berkempen.
Kerusi negeri Tras juga menampilkan muka baharu apabila Choong Siew Onn mengumumkan keputusan untuk tidak bertanding pada PRU14. Choong telah bertanding sejak 1995.
Pada Selasa, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dalam Majlis Amanat Pilihan Raya Pas Teraju Pahang di Taman Cenderawasih mengumumkan bahawa penyandang kerusi Parlimen Pas di Temerloh, Nasrudin Hassan Tantawi bakal bertanding di kerusi Parlimen P82 Indera Mahkota dan calon yang akan menggantikannya di P88 Temerloh bakal diumumkan tidak lama lagi.
Ada ura-ura bahawa Setiausaha Agung Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah bakal bertanding di Parlimen Indera Mahkota pada pilihan raya yang dijadualkan berlansung pada 9 Mei depan.
Percaturan Amanah
Parti serpihan Pas, Amanah pula bakal merebut satu kerusi parlimen di Temerloh dengan menampilkan Anuar Tahir dan 11 kerusi negeri termasuk di Semantan, Dong, Pulau Tawar, Tioman, Beserah, Lepar, Jengka, Kerdau, Pelangai, Guai dan Tanjung Lumpur.
Di N12 Beserah dan N15 Tanjung Lumpur, Amanah bakal berdepan dua ADUN Pas termasuk Pesuruhjaya Pas Pahang Rosli Abd Jabar di Tanjung Lumpur dan Adnansura Rabu yang merupakan pengerusi Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (BADAR).
Ada ramalan yang mendakwa Beserah bakal melihat pertembungan tiga penjuru antara Pas, Amanah dan BN di mana UMNO dikahabarkan bakal meletakkan Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota Datuk Mustaffar Kamal Abdul Hamid untuk bertanding.
Walau bagaimanapun, pertandingan di Beserah bakal sengit kerana Adnansura dikatakan mempunyai prestasi yang baik sejak mengambil tanggungjawab sebagai ADUN pada penggal lalu.
Di P78 Cameron Highlands, ada pembayang bahawa Presiden MyPPP Tan Sri M. Kavyeas akhirnya diberikan peluang untuk bertanding di bawah bendera BN bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan bekas Presiden MCA Tan Sri G. Palanivel.
Walau bagaimanapun, menurut sumber yang dipercayai, Kavyeas dilaporkan bersedia untuk bertanding walaupun di bawah tiket bebas di Cameron Highlands kerana yakin akan kemenangan di kawasan yang dilabelkan sebagai ‘panas’ itu.
Sementara itu di peringkat negeri, BN masih belum mengumumkan calon yang bakal ditampilkan bagi mempertahankan Pahang sebagai salah satu kubu kuat parti tersebut.
Nuradilla Noorazam
Wed Apr 11 2018
Adakah Pahang masih kubu kuat BN? - Gambar hiasan
Tokoh Wartawan Negara, Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia
Ahmad Rejal, 84, merupakan bekas Ketua Pengarang Bernama dan bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian.
97 peratus api berjaya dipadam di tapak pelupusan sampah Kayu Madang
Secara keseluruhan 97.25 peratus daripada 45.7 hektar kawasan yang terbakar meliputi tempat pembuangan tayar terpakai sudah dipadamkan.
16 kereta, tiga rumah rosak ditimpa pokok akibat hujan lebat di KL
Dalam semua kejadian berkenaan tiada mangsa dilaporkan cedera.
Tragedi Easter: 45 maut, bas terbabas, terbakar
Kesemua yang meninggal dunia itu dilaporkan dalam perjalanan menuju perhimpunan Easter.
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Bankman dituduh mencuri AS$8 bilion daripada pelanggan dan pelabur syarikat pertukaran mata wang kripto FTX yang kini telah muflis.
Melaka sasar nilai pelaburan RM10 bilion, fokus 10 sektor
Kerajaan negeri berada di landasan terbaik dengan sasaran nilai pelaburan RM10 bilion, apabila meletakkan 10 sektor industri sebagai fokus utama pada tahun ini.
Sabah akan pelbagaikan sumber ekonomi - Ketua Menteri
Sabah tidak boleh hanya bergantung kepada dagangan sumber sedia ada terutama kelapa sawit, minyak dan gas dalam membangunkan ekonomi negeri.
Sarawak perkasa industri hiliran untuk hasilkan produk kayu bernilai tinggi
Kerajaan Sarawak akan terus memperkasakan industri hiliran seperti penghasilan biojisim bagi meningkatkan lagi pengeluaran produk kayu nilai tambah tinggi.
Duta, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia perlu mahir pelaburan, perdagangan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mahu perwakilan ke luar negara iaitu Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mahir dalam aspek perdagangan bagi membawa masuk pelaburan ke dalam negara.
Malaysia kekal komited usaha reformasi ekonomi, terima inovasi dan pembangunan mampan
Malaysia kekal komited dalam usaha mereformasi ekonomi dan pada masa sama, bersedia menerima inovasi serta pembangunan mampan, kata TPM Fadillah.
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.
Keputusan kes Nik Elin: Amanah gesa henti sentimen politik
Amanah menggesa mana-mana pihak untuk tidak menjadikan keputusan mahkamah terhadap kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid sebagai sentimen politik.
Isteri kedua Khalid Samad meninggal dunia
Isteri kedua kepada Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad meninggal dunia di sini pada Isnin.
Mahfuz, Dr Hatta dilantik Naib Presiden Amanah
Pelantikan baharu itu turut menyaksikan Muhammad Faiz Fadzil menggalas jawatan Setiausaha Agung parti.
1,008 perwakilan Amanah undi secara e-voting
Secara keseluruhan seramai 98 calon bertanding bagi mengisi jawatan yang dipertandingkan.
Pilihan raya PBT: Perlu situasi 'menang-menang' buat semua kaum - Mat Sabu
Pilihan raya PBT bagi memilih Datuk Bandar dan Ahli Majlis jika ia dilaksanakan semula, perlu memastikan berlaku situasi 'menang-menang'.
'Saya bukan mufti nak haramkan rokok' - Dr Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad secara berseloroh berkata, beliau bukan mufti untuk mengharamkan rokok di negara ini.