Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Adly Zahari bakal mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu pada Jumaat.

Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dijangka berlangsung bermula jam 3 petang di Dewan Seri Utama, Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka, Ayer Keroh.

Ia selepas kesemua 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang memenangi kerusi masing-masing semalam sebulat suara memilih Adly yang memenangi kerusi DUN Bukit Katil.

Adly menewaskan dua pencabarnya, Yunus Hitam dari Barisan Nasional (BN) dan Muhamat Puhat Bedol dari Pas dengan majoriti 3,159 undi.

PH memperoleh majoriti mudah dengan menawan 15 daripada keseluruhan 28 kerusi DUN di Melaka.