Mantan penyandang kerusi dewan undangan negeri (DUN) Elopura, Sandakan, menafikan beliau diisytiharkan bankrap seperti yang tular di Facebook.

Calvin Ching Ket Kiun berkata laporan itu adalah fitnah dan tidak benar.

Menurutnya, dia juga ketika ini sudah tidak mempunyai nama dalam mana-mana syarikat.

"Ini adalah fitnah, ia tidak benar.

"Saya tiada terlibat dalam mana-mana syarikat sekarang. Jadi tidak akan timbul konflik pada masa akan datang," katanya dalam sidang media di Sandakan.

ADUN DAP Sabah dakwa ditawar RM20 juta keluar parti

Sementara itu, penasihat undang-undang beliau yang juga peguam, Rowiena Rashid berkata itu hanyalah notis.

"Hal ini timbul disebabkan oleh pilihan raya negeri (PRN) yang bakal diadakan dan kami merasakan ini adalah salah satu strategi dari pihak lawan mencalarkan reputasi beliau.

"Semua ini adalah fitnah sebab ini baru notis dan hal ini telahpun diselesaikan," katanya.