Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN Galas, Mohd Syahbuddin Hashim menafikan dirinya antara yang disebut-sebut bakal menyertai Parti Peribumi Bersatu Malaysia, Bersatu seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan hari ini.
Mohd Syahbuddin ketika dihubungi Astro Awani menjelaskan, beliau masih setia dengan UMNO bahkan menghormati kepimpinan parti itu terutama Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang dianggap sebagai orang lama dalam parti di Gua Musang.
Walaupun terdapat khabar angin menyatakan dirinya antara yang akan mengikuti jejak Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed atas alasan Mustapa sebagai mentornya, namun khabar angin tersebut dinafikannya.
“Tak benar saya nak sertai Bersatu, laporan akhbar hari ini tak tepat, saya tak sertai Bersatu walaupun Tokpa dah hijrah, biarlah dia dengan pilihan dia, saya masih setia dengan UMNO dan rakyat DUN Galas” katanya.
Mohd Syahbuddin merupakan Presiden Persatuan Kelab Kelab Belia Malaysia, MAYC yang banyak mengadakan program belia di Kelantan bersama Mustapa sebelum ini.
Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan nama beliau antara yang disebut-sebut salah seorang pemimpin yang akan mengikut jejak langkah Tokpa.
Beliau juga dilaporkan mengadakan pertemuan dengan Mustapa baru baru ini, namun perkara itu turut dinafikan.
Vivi Sumanti
Tue Oct 30 2018
Mohd Syahbuddin Hashim yang juga ADUN Galas nafi beliau adalah antara individu yang akan meninggalkan UMNO-foto Astro AWANI
Kedaulatan Digital: Astro gesa kerajaan semak undang-undang kukuh kuasa penguatkuasaan
Kerajaan digesa untuk membuat semakan undang-undang bagi mengukuhkan kuasa penguatkuasaan dalam membantu agensi berkaitan bertindak dengan lebih pantas demi kedaulatan digital Malaysia.
Tiga anggota polis direman kes rasuah pemandu lori
Tiga anggota polis direman empat hari sehingga Ahad bagi membantu siasatan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada pemandu lori di Mersing.
DOSM tambah 300 kaunter daftar PADU
Jabatan Perangkaan menambah 300 kaunter fizikal di seluruh negara dalam memastikan proses mengemas kini maklumat dalam sistem PADU lancar.
Wanita 20 tahun ke atas disaran jalani saringan kesihatan kesan NCD
"Jangan tunggu ada simptom baru nak uji, masa tu tak tahu sama ada komplikasi sudah berlaku atau tidak."
India bantah keras kenyataan AS berhubung penahanan Ketua Menteri Delhi
Pandangan negara luar berhubung penahanan Kejriwal dilihat telah merisaukan Kerajaan India.
Kuasa bekukan permit pemindahan padi antara negeri di bawah Akta 522 - KPB
Kuasa membekukan permit pemindahan padi antara negeri adalah di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) melalui fungsi Ketua Pengarah KPB.
Air Balang RM1 jadi tumpuan Bazar Ramadan Temenggong, Kulai
Bukan sekadar berniaga, pengusaha Air Balang RM1 juga ambil kesempatan lakukan jariah di bulan penuh kemuliaan.
Anggota polis didakwa minta, terima rasuah direman empat hari
Tiga anggota polis direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM7,800.
Persembahan bertenaga Dolla pukau penonton di China
Aksi bertenaga mereka mendapat sambutan hangat daripada penonton di negara itu, menandakan langkah berani Dolla keluar dari zon selesa di negara ini mula menampakkan hasil.
AWANI Ringkas: Agihan RM0.67 bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir: 10,000 Orang Asli Temiar di tujuh penempatan terputus hubungan
Kira-kira 10,000 masyarakat Orang Asli Temiar yang tinggal di tujuh penempatan di sekitar di jajahan ini terputus hubungan selepas laluan Kuala Betis-Gua Musang mengalami bencana tanah runtuh.
MB Kelantan pula saman ADUN Galas, Kota Lama
Datuk Mohd Nassuruddin Daud pula memfailkan saman terhadap ADUN Galas dan ADUN Kota Lama berhubung isu memfitnah beliau membawa fitrah takfiri.
UMNO Kelantan perlu berani ketengah pemimpin muda - ADUN Galas
Ramai pemimpin muda atau muka baharu berpotensi untuk bertanding dalam PRU akan datang.
ADUN Galas Mohd Syahbuddin sahkan positif COVID-19
Perkara itu disahkan sendiri ADUN Galas, Mohd Syahbuddin Hashim menerusi hantaran Facebook miliknya sebentar tadi.
ADUN Galas nafi bakal sertai Bersatu
ADUN Galas nafi beliau adalah salah seorang daripada ahli UMNO yang akan menyertai Bersatu.