Tutup

Adun PKR di Sabah letak jawatan

Adun PKR di Sabah letak jawatan
Melepaskan jawatan disebabkan masalah kesihatan (Foto: Facebook)
KUALA LUMPUR: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam daripada PKR Roland Chia meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat bermula hari ini atas faktor masalah kesihatan.

Menulis di laman Facebooknya, Roland mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi di Inanam dan pemimpin PKR yang telah memberi sokongan kepada beliau sejak 17 bulan lalu.

"Atas masalah kesihatan, saya akan meletak jawatan sebagai Adun Inanam.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada pengundi Inanam dan pemimpin parti atas sokongan yang diberikan sejak 17 bulan lalu," katanya.
fb roland chia
Status di laman Facebook milik Adun Inanam, Roland Chia
 

Roland menulis perkara yang sama di laman mikro Twitter beliau.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu, Roland mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Joseph Paulus Lantip dan calon Parti Maju Sabah, Enchin Majimbun dengan majoriti 3,202 undi.

Roland memperolehi 8,926 undi mengalahkan Joseph Paulus dengan 5,724 undi manakal Enchin dengan 5,003 undi.