Teta-teki siapakah bakal pengganti Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor hampir terjawab apabila Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sungai Tua, Amirudin Shari berkemungkinan besar mengisi jawatan penting itu.
Kemungkinan itu berikutan Amirudin, 38 tahun, dilihat keluar daripada Istana Alam Shah di sini selepas dipercayai menghadiri majlis raptai penuh upacara angkat sumpah jawatan menteri besar kira-kira jam 6.30 petang tadi.
Bagaimanapun, usaha Bernama mendapatkan komen daripada Amirudin gagal setelah beliau enggan memberhentikan kenderaan yang dinaikinya sebaliknya hanya melambaikan tangan ke arah sekumpulan wartawan yang menanti di luar perkarangan istana.
Terdahulu, beliau yang hadir pada majlis mengetip kad perakam waktu buat kali terakhir sebagai menteri besar di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri SUK di Shah Alam, Mohamed Azmin kelihatan tergesa-gesa meninggalkan majlis tersebut.Mohamed Azmin, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, terpaksa melepaskan jawatan menteri besar yang disandangnya berikutan pelantikan beliau sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Amirudin ketika dihubungi enggan mengesahkan mengenai desas-desus beliau akan dilantik sebagai menteri besar dan sebaliknya meminta semua pihak menunggu majlis angkat sumpah jawatan yang akan diadakan esok.
"Saya akan sahkan (calon menteri besar) esok,"katanya. Amirudin adalah Exco Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan Generasi Muda dan Sukan, Pembangunan Usahawan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi.
Mohamed Azmin, yang juga Timbalan Presiden PKR, hari ini mengesahkan mempersembahkan satu nama daripada parti itu sebagai calon Menteri Besar Selangor baharu kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mendapat perkenan baginda.
Selain Amirudin, seorang lagi calon yang disebut-sebut dilantik menteri besar adalah ADUN Ijok, Dr Idris Ahmad. - Bernama
Bernama
Mon Jun 18 2018
Amirudin ketika dihubungi enggan mengesahkan mengenai desas-desus beliau akan dilantik sebagai menteri besar dan sebaliknya meminta semua pihak menunggu majlis angkat sumpah jawatan yang akan diadakan esok. - Gambar fail
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Nahas helikopter Lumut: Jasad Sivasutan selamat disemadikan
Jasad mendiang turut diberikan kawalan kehormat oleh 14 pegawai dan anggota TLDM sebagai penghormatan terakhir.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
Menteri Besar Selangor minta maaf
Amirudin Shari pula minta maaf gara-gara isteri muat naik gambar yang tular di akaun media sosial.
ADUN Sungai Tua Amirudin Shari MB Selangor baharu?
Teta-teki siapakah bakal pengganti Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai MB Selangor hampir terjawab apabila ADUN kawasan Sungai Tua, Amirudin Shari berkemungkinan besar mengisi jawatan penting itu.