Semua Ahli Parlimen diminta tidak melupakan dan sentiasa berdamping dengan pengundi masing-masing selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, ia ramuan utama memastikan sokongan selain hubungan wakil rakyat dan masyarakat itu berkekalan.
"Sentiasa berusaha mendekati rakyat dan masyarakat sambil peluang bertegur sapa serta bertanyakan khabar.
"Jangan kepercayaan yang diberi pengundi sebelum ini terlebur begitu sahaja sehingga mereka membuat keputusan memilih wakil rakyat lain pada PRU akan datang.
"Saya sendiri tidak mengabaikan pengundi sejak menjadi Ahli Parlimen di Pasir Salak dan mendekati pengundi dalam program selain sentiasa mendengar apa sahaja masalah berkaitan mereka," katanya kepada Astro AWANI di sini, pada Selasa.
Terdahulu katanya, Program 'Back To School' anjurannya menyediakan 562 pelajar sekolah sekitar Parlimen Pasir Salak bantuan baju seragam sekolah baharu dan basikal untuk digunakan pada musim sesi persekolahan 2019 nanti.
"Riuh rendah pelajar tersebut di Dewan Besar Pekan Rabu, Sg Manik apabila teruja mencuba baju seragam baharu sambil bermain basikal dan berkongsikan kegembiraan itu dengan ibu bapa dan penjaga masing-masing.
"Ia termasuk 515 pasang baju seragam sekolah dan 47 buah basikal kepada pelajar-pelajar berkenaan," ujarnya.
Kata Tajuddin, program seumpama itu dianjurkannya sejak 10 tahun lalu dan menjadi antara platform pengundinya termasuk anak-anak muda memberi sebarang cadangan untuk memajukan Parlimen.
"Saya yakin hubungan ini bukan hanya tertakluk semasa musim-musim buka sekolah atau perayaan sahaja namun ia menjadi tradisi keakraban pengundi dan wakil rakyat yang harus diterap di semua kawasan," jelasnya.
Astro Awani
Tue Dec 18 2018
Tajuddin (bersongkok) berkata, ahli Parlimen perlu menjaga kepercayaan yang diberi pengundi agar mereka tidak membuat keputusan memilih wakil rakyat lain pada PRU akan datang. - Gambar fail
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
[TERKINI] Reman terhadap anak seorang MB disambung sehari lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh tempoh lanjutan tahanan reman terhadap anak Menteri Besar dan empat lagi suspek bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
AWANI Ringkas: Akaun 3 KWSP diumum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Barcelona: Xavi buat pusingan-U
Khabar angin bertiup bahawa pengurus Barcelona, Xavi, akan meneruskan peranannya pada musim depan selepas mengubah fikirannya.
PRN: Tajuddin tidak berhasrat tanding wakili parti lain
Bekas Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman tidak berhasrat untuk bertanding mewakili parti lain bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang.
Pas masih perlukan UMNO - Tajuddin
"Pengasas Muafakat Nasional (MN) adalah saya," kata Bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
PRU15 musim banjir beri kelebihan kepada UMNO? Apa rasionalnya? - Tajuddin
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mempersoalkan kenyataan pihak yang mendakwa sekiranya PRU15 diadakan pada musim banjir ia akan memberi kelebihan kepada UMNO.
PRU15: Tajuddin akan pertahankan kerusi Pasir Salak
Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengesahkan akan mempertahankan kerusi Parlimen yang sedang disandangnya itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
PRU15: PN Perak tidak bincang calonkan Tajuddin - Ahmad Faizal
Pengerusi PN Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, segala urusan mengenai calon dan kerusi merupakan hak pucuk pimpinan untuk menentukannnya.
Isham Jalil dilantik ahli MKT UMNO, gantikan Tajuddin Abd Rahman
Bekas Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor, Hizatul Isham Abdul Jalil, atau lebih dikenali sebagai Isham Jalil, telah mengangkat sumpah sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang baharu.
Tajuddin digugur ahli MKT UMNO
Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman digugurkan daripada ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.
"Pas mahu bersama MN atau PN?" - Tajuddin Rahman
UMNO mahu Pas buat keputusan segera sama ada ingin bersama dalam Muafakat Nasional atau Perikatan Nasional hadapi PRU15.
Waytha gesa Tajuddin minta maaf
Dalam satu kenyataan di sini Waytha Moorthy berkata Tajuddin sepatutnya lebih tahu mengenai keseriusan kenyataan beliau kepada Ahli Parlimen Jelutong, R.S.N Rayer itu.
Tajuddin dirujuk ke jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen
Tajuddin dari Barisan Nasional melakukan penghinaan yang serius terhadap agama Hindu apabila menanyakan Ahli Parlimen Jelutong R.S.N Rayer sama ada abu di dahinya adalah abu mayat Chin Peng.