Tutup

Ahmad Samsuri tetap bertanding jawatan Naib Presiden Pas

Ahmad Samsuri tetap bertanding jawatan Naib Presiden Pas
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga ketua pengarah pilihan raya Pas pusat berkata keputusannya untuk terus bertanding adalah bagi menghormati pencalonan yang telah dibuat oleh aqnggota akar umbi.
KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar tidak akan menarik diri daripada bertanding jawatan Naib Presiden Pas walaupun dirinya hanyalah calon 'underdog' berbanding tiga penyandang lain.

Beliau yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat berkata keputusannya untuk terus bertanding adalah bagi menghormati pencalonan yang telah dibuat oleh anggota akar umbi.

Muktamar Tahunan Pas Ke-65 yang akan berlangsung di Pahang pada 21 hinga 23 Jun ini menyaksikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menang tanpa bertanding pada pemilihan parti itu.
Bagi jawatan Naib Presiden pula, Ahmad Samsuri yang merupakan calon baharu akan mencabar tiga penyandang iaitu Idris Ahmad, Datuk Nik Mohd Amar Abdullah dan Datuk Iskandar Abdul Samad.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata beliau melepaskan jawatannya dan bertanding jawatan anggota jawatankuasa pusat kali ini.
Ahmad Samsuri dan Muhammad Khalil ditemui pemberita pada majlis meraikan kejayaan pasukan inovasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panji Alam di sini hari ini.

Pasukan tersebut memenangi empat anugerah utama dalam pertandingan bertaraf antarabangsa 11th European Exhibition of Creativity and Innovation (EUROINVENT 2019) yang berlangsung di Palace Culture, Romania pada 16 hingga 18 Mei lalu.

-- BERNAMA

Tag: Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, PAS, jawatan naib presiden PAS, calon, pemilihan


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.