Bekas perdana menteri yang kini digelar "Raja Troll", Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir insiden Timbalan Speaker Dewan Rakyat merangkap Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd Rashid Hasnon yang membaca teks ucapan yang kononnya daripada Pejabat Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Najib mempersoalkan bagaimana Mohd Rashid boleh menyalahgunakan nama TPM, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, di dalam majlis pelancaran projek swasta.

Beliau menyarankan agar pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mewujudkan WhatsApp group sesama sendiri dan menyertakan gambar cara-cara untuk membuat demikian.

"Adoi! Maka negara bertambahlah kucar-kacir. Buatlah WhatsApp group sesama diri. Anda rasa rakyat ada masa untuk pening kepala?" soalnya sinis di Facebooknya.

Posting Najib itu mendapat lebih 22,000 likes dan 1,800 komen.


Pada Selasa, Pejabat TPM menafikan memberi kebenaran kepada pihak tertentu untuk menggunakan nama Dr Wan Azizah dalam satu teks ucapan perasmian di Damansara.

BACA: Pejabat TPM nafi beri kebenaran kepada Rashid Hasnon wakili Dr Wan Azizah

Beberapa jam kemudian, Mohd Rashid dalam satu kenyataan menyalahkan penganjur Majlis Pelancaran Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi “Enhanced Malaysia International Internet Gateway” (EM-IIG) kerana membuatkan beliau seolah-olah mewakili TPM.

BACA: Disalah anggap wakili TPM, Mohd Rashid salahkan penganjur