Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa bercadang untuk bertanding pada pemilihan UMNO, namun akan membuat pengumuman jawatan apa yang bakal ditandingi itu pada minggu depan.
Anggota Parlimen Ketereh itu berkata beliau perlu melawat banyak negeri bagi memberi penerangan supaya proses pemilihan parti tersebut berjalan dengan baik.
"Sekarang ini saya mahu tumpukan untuk membantu pentadbiran parti, banyak kerja yang perlu dilakukan.
"Ia amanah parti yang perlu saya jalankan untuk bertemu akar umbi parti, pokoknya parti sudah membuka seluasnya dan mengalukan sesiapa sahaja tawarkan diri untuk bertanding," katanya ketika ditemui di Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) di sini, malam tadi.
Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Ketereh berkata anggota parti kali ini mahukan pemilihan berjalan dengan baik, tidak berkumpulan, tiada politik wang dan seharusnya tiada amalan-amalan negatif sepanjang proses pemilihan itu.
Annuar berkata UMNO perlu berubah dengan kembali kepada prinsip dan idealisma perjuangan parti itu agar tidak membenihkan segala amalan yang tidak baik ke dalam parti.
"Pemilihan kali ini saya lihat luar biasa kerana ramai golongan muda, wanita dan professional tampil menawarkan diri untuk bertanding bagi memperkasakan parti," katanya.
Beliau berkata apa yang dikhuatiri sebelum ini iaitu tiada siapa yang akan menawar diri untuk bertanding jika UMNO tidak lagi mempunyai kuasa, sama sekali tidak menjadi kenyataan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 09 2018
ANNUAR: Sekarang ini saya mahu tumpukan untuk membantu pentadbiran parti.
Kerja ganti paip lama di Seluruh Sarawak bermula tahun ini
Sarawak akan memulakan kerja-kerja penggantian saluran paip lama sepanjang 2,740 kilometer di seluruh negeri itu bermula tahun ini.
Julaihi beri jaminan bekalan air di Sarawak pada Hari Raya mencukupi
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak mengingatkan orang ramai supaya elakkan pembaziran meskipun bekalan air ketika Hari Raya nanti dijamin mencukupi.
90 peratus kawasan terlibat kebakaran hutan berjaya dipadamkan
Operasi pemadaman kebakaran hutan di Kuala Baram sejak seminggu lalu berjaya dengan 90 peratus api dikawasan terjejas berjaya dipadamkan.
Pembantu bengkel diberkas, bakar mercun tengah jalan
Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Hujan roket Hizbullah gegar utara Israel
Pejuang Hizbullah pada Rabu melancarkan kira-kira 30 roket dari Lubnan ke kawasan utara Israel selepas gerakan disokong Iran itu berikrar untuk 'menghukum' rejim Zionis.
Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penstriman haram: Jangkitan malware berisiko akibatkan kecurian, penipuan identiti pengguna
Awas dan jangan mudah terpedaya dengan sebarang akses haram yang menawarkan pelbagai filem dan siri televisyen kerana ia mungkin menyimpan perisian hasad atau malware.
Insentif cukai baharu untuk syarikat berstatus Malaysia Digital
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan memperkenalkan insentif cukai baharu kepada syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) dan syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) sedia ada.
Gentari setuju saranan tubuh konsortium bantu pemain solar - DPMM
Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar.
"Sesiapa saja dalam Pas berhak jadi calon, termasuk Annuar Musa" - Takiyuddin
Mana-mana ahli Pas berhak untuk menjadi calon asalkan memberi kemenangan buat parti, kata Setiausaha Agungnya.
Sambutan Hari Kebangsaan tetap dijayakan sebaik mungkin - Annuar
Sambutan Hari Kebangsaan 2021 akan tetap dijayakan dengan sebaik mungkin walaupun dalam suasana negara masih berperang dengan pandemik COVID-19, kata Tan Sri Annuar Musa.
Jangan asyik main politik, jayakan kerajaan yang didukung parti-parti utama negara - Annuar
Annuar menjelaskan, kerajaan PN telah membuktikan bahawa pentadbirannya tidak gagal dengan beberapa kejayaan yang telah dilaksanakan.
PN boleh diperkasakan lagi menerusi muafakat lebih tersusun - Annuar Musa
Tan Sri Annuar Musa berkata, tidak salah untuk UMNO, Bersatu dan Pas kembali berbincang agar dapat melakar sesuatu yang lebih baik untuk Malaysia.
MP UMNO di Sabah mahu tinggalkan parti lepas jumpa Tun M - Annuar Musa
UMNO tidak mampu menahan wakilnya keluar parti, sekiranya mereka memberi alasan tindakan itu adalah disebabkan kurangnya peruntukan untuk mereka berkhidmat dengan pengundi.