Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan kebimbangan pengundi mungkin tidak keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson Sabtu depan.
Calon Pakatan Harapan (PH) itu berkata ini berdasarkan tinjauan yang menunjukkan pengundi mungkin berasa yakin dan telah berpuas hati bahawa calon pilihan mereka akan menang, justeru tidak perlu lagi bagi mereka keluar mengundi.
"Saya mahu merayu di sini agar beritahu anggota keluarga yang di luar untuk datang balik mengundi, saya minta tolong sebab kalau saya jadi ahli Parlimen Port Dickson, saya akan usahakan untuk tolong Port Dickson bangkit semula.
"Tapi sebelum itu, saya minta kawan-kawan keluar mengundi... panggil anak-anak dan keluarga yang berada di luar kerana terlalu ramai kawan-kawan kita yang berada di luar," kata Ketua Umum PKR itu semasa berucap pada majlis Makan Malam Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, malam tadi.
Majlis itu turut dihadiri beberapa pemimpin PH antaranya Pengerusi Kebangsaan DAP Tan Kok Wai, Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP Gobind Singh Deo, Timbalan Presiden Amanah Datuk Salahuddin Ayub dan Naib Presiden PKR Tian Chua.
Kira-kira 2,000 tetamu terdiri daripada masyarakat setempat dan wakil badan bukan kerajaan hadir pada majlis yang dianjurkan pihak swasta itu.
Dalam pada itu, Anwar berkata kejayaan PH mengambil alih pentadbiran kerajaan pada hari ini adalah hasil perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu seperti mendiang bekas Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh yang tidak harus dilupakan.
"Kita menang sekarang tapi jangan lupa jasa orang yang memulakannya, kita cuma menuai hasil namun kita tidak akan lupakan kehebatan (Harimau Jelutong) Karpal Singh," kata Anwar.
Sementara itu, Gobind yang juga anak mendiang Karpal Singh menyeru pengundi Port Dickson agar menyokong Anwar kerana kejayaan PH mengambil alih teraju kerajaan pusat berpunca daripada ledakan reformasi yang dicetuskan bekas timbalan perdana menteri tersebut 20 tahun lalu.
"Beliau banyak berjasa kepada kita, dia adalah seorang pejuang, dia kawan saya, kita telah melalui pelbagai kesusahan bersama tapi sekarang nasibnya akan ditentukan oleh pengundi di Port Dickson, masa depan beliau akan ditentukan oleh anda, ini penting sebab dia adalah bakal perdana menteri," kata Gobind yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia.
Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, pada 12 Sept lepas, bagi membolehkan Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan presiden PKR, bertanding dalam usaha kembali ke Dewan Rakyat.
Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lepas menyaksikan Danyal Balagopal, 68, memenangi kerusi itu dengan majoriti 17,710 undi mengalahkan calon BN Datuk V.S.Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 13 Okt manakala pengundian awal pada Selasa ini.
Parlimen Port Dickson memiliki 75,770 pengundi berdaftar yang layak mengundi pada PRK kali ini iaitu 43 peratus pengundi Melayu, Cina (33 peratus), India (22 peratus) dan lain-lain kaum (2 peratus).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 07 2018
Anwar berkata kejayaan PH mengambil alih pentadbiran kerajaan pada hari ini adalah hasil perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu seperti mendiang Karpal Singh yang tidak harus dilupakan. - Gambar fail
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Mengulas penangguhan sekali lagi misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza , Profesor Hubungan Antarabangsa Di Fakulti Undang-Undang Dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Prof Dr Mohd Afandi Salleh berpandangan, proses pendaftaran baharu bagi sesebuah kapal di negara lain mungkin akan memakan lebih banyak masa.
[TERKINI] Penangguhan pelayaran, taktik Israel gagalakan misi - FCC
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalitin (FFC), Dr Fauziah Hasan sifatkan penangguhan misi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk terjejas di Gaza merupakan satu taktik biasa yang dilakukan rejim Israel.
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar
Anwar berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
PM Anwar meriahkan sambutan ulang tahun ke-15 UKAS
Perdana Menteri menyantuni Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang menyambut ulang tahun ke-15 mereka.
PM Anwar tubuh Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri - PMO
Perdana Menteri menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri untuk memberi khidmat nasihat terkait soal pembangunan negara dan daya tahan ekonomi.
KL20 2024: Pelabur asing iktiraf masa tepat untuk melabur di Malaysia - PM
Ia bersandarkan kepada kestabilan dalam kerajaan dan tadbir urus yang baik, selain sifat pro-perdagangan dan pendirian neutral oleh Malaysia.
Sidang Kemuncak KL20 2024 bermula hari ini
Sidang kemuncak dua hari itu bakal mendedahkan kertas tindakan KL20 yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Isu DNB diputuskan minggu depan - Anwar
Isu berhubung dakwaan Digital Nasional Bhd (DNB) bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman, akan diputuskan kerajaan pada minggu depan.