Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sempat meluangkan masa menziarahi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini ditahan wad di Pusat Perubatan Universiti Malaya, pagi tadi.

Menerusi status akaun Twitter yang dimuat naiknya Mohamed Azmin, beliau memaklumkan keadaan kesihatan Anwar bertambah baik.

“Menziarahi Datuk Seri Anwar Ibrahim di hospital pagi tadi. Alhamdulillah semakin sihat dan ceria,” catatnya.


BACA: Anwar Sakit belakang, Azizah batal hadir ke majlis Aidilfitri

Sebelum ini, kehadiran Anwar ke Majlis Terbuka Aidilfitri pada 23 Jun lalu terpaksa dibatalkan selepas mengalami masalah bahu kanan serta bahagian belakang beliau.

BACA: Sakit bahu dan belakang: Keadaan Anwar bertambah baik - TPM Wan Azizah

BACA: Anwar dinasihat tidak terima pelawat semasa rawatan


Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memberitahu keadaan kesihatan Anwar bertambak baik.