Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan sebagai Pengerusi Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus, Dewan Rakyat.

Menerusi Penyata Khas Jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat Yang Keempat Belas yang dikeluarkan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, Ahli Parlimen Port Dickson itu akan dibantu Veteran DAP yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang.

Ujar Mohamad Ariff, dengan pelaksanaan penubuhan Jawatankuasa-jawatankuasa Pilihan Khas dan Kaukus itu adalah sebagai bukti komitmen untuk memperkukuhkan lagi fungsi institusi Parlimen Malaysia yang lebih telus, diyakini dan mencerminkan kehendak rakyat sejajar dengan aspirasi reformasi memperkasakan Gagasan Malaysia Baru.

Berikut adalah ahli jawatankuasa yang dipengerusikan Anwar itu:

KAUKUS REFORMASI DAN TADBIR URUS (CAUCUS ON REFORM AND GOVERNANCE)

Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim
(Ahli Parlimen Bagi Kawasan Port Dickson – PH-PKR ) - Pengerusi

Yang Berhormat Tuan Lim Kit Siang
(Ahli Parlimen Bagi Kawasan Iskandar Puteri – PH-DAP ) - Timbalan Pengerusi

Yang Berhormat Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
(Ahli Parlimen Bagi Kawasan Sepang / Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri – PH-AMANAH)

Yang Berhormat Datuk Seri Mustapa Mohamed
(Ahli Parlimen Bagi Kawasan Jeli – PH-PPBM)

Yang Berhormat Datuk Johari Abdul
(Ahli Parlimen Bagi Kawasan Sungai Petani – PH-PKR)

Yang Berhormat Datuk Seri Dr Santhara
(Ahli Parlimen Bagi Kawasan Segamat – PH-PKR)

Yang Berhormat Puan Maria Chin Abdullah
(Ahli Parlimen Bagi Kawasan Petaling Jaya – PH-PKR)

Yang Berhormat Tuan Ma’mun Sulaiman
(Ahli Parlimen Bagi Kawasan Kalabakan – WARISAN)

Yang Berhormat Datuk Seri Azalina Othman Said
(Ahli Parlimen Bagi Kawasan Pengerang – BN-UMNO)

Yang Berhormat Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
(Ahli Parlimen Bagi Kawasan Padang Rengas – BN-UMNO)

Yang Berhormat Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
(Ahli Parlimen Bagi Kawasan Santubong – GPS-PBB)

Yang Berhormat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
(Ahli Parlimen Bagi Kawasan Kubang Kerian – PAS)