Bakal Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga calon Pilihan Raya Kecil Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu melayani sebarang komen atau serangan bersifat peribadi daripada mana-mana calon.

Menurut Anwar, beliau kekal konsisten dengan fokus kepada agenda yang lebih besar.

"Saya tidak cenderung melayani komen-komen mana-mana calon yang bersifat peribadi dan saya tumpu kepada pembangunan PD dan agenda bersama untuk membantu pentadbiran Tun Dr Mahathir.

"Di peringkat nasional, saya sudah berpakat dengan Tun Mahathir, untuk memudahkan kerja dia dan menangani masalah besar yang dihadapi negara," tegas Anwar ketika bual bicara mingguan eksklusif AI di Astro AWANI.

Anwar ditanya mengenai kenyataan calon bebas Saiful Bukhari Azlan yang menyifatkan Anwar sebagai tidak bermaruah kerana PRK PD diadakan hanya kerana agenda peribadi.

Saksikan bual bicara mingguan bersama Anwar Ibrahim setiap Khamis, 8.30 malam.