Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata beliau tidak mengambil hati dengan penganugerahan Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran 'Datuk' kepada dua anggota exco kerajaan negeri hari ini.
Beliau sebaliknya berkata darjah kebesaran itu yang dianugerahkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kepada Iskandar Abdul Samad, yang juga Pesuruhjaya PAS negeri dan Dr Ahmad Yunus Hairi adalah sebagai pengiktirafan terhadap khidmat bakti mereka sejak menganggotai barisan pimpinan kerajaan negeri.
"Saya percaya dua tokoh ini banyak memberikan khidmat kepada rakyat Selangor dan sewajarnya diberi penghormatan dan penghargaan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Selangor sempena Hari Keputeraan Baginda ke-69 di Istana Alam Shah di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas spekulasi sebelum ini yang hangat mengatakan beliau akan berada dalam senarai penerima gelaran Datuk daripada Sultan Selangor setelah darjah kebesaran yang membawa gelaran 'Datuk Seri' yang dianugerahkan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ditarik balik baginda berkuat kuasa 3 Nov lepas.
Mohamed Azmin, yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut menepis dakwaan kononnya beliau tidak menerima sebarang anugerah kebesaran negeri kali ini disebabkan oleh kemelut jawatan Menteri Besar yang dicetuskan PKR.
Beliau berpendapat adalah terlalu awal untuk dirinya mendapatkan sebarang darjah kebesaran buat masa ini sebab baru 80 hari menerajui pentadbiran kerajaan negeri.
Sementara itu, pemenang pingat emas dalam Sukan Perahu Layar di Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan, Ahmad Syukri Abdul Aziz, 18, berkata beliau terharu menerima Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (AMS) dari Sultan Selangor.
Beliau yang berkerusi roda sebab mengalami luka di bahagian kaki kiri berkata beliau kagum dengan sikap berjiwa rakyat baginda yang sanggup turun dari singgahsana untuk menyampaikan anugerah itu.
Ahmad Syukri yang menjalani kursus pengajian pra diploma dalam perdagangan di Universiti Teknologi Mara cawangan Arau, Perlis berkata tumpuannya kini adalah untuk meraih pingat dalam Sukan SEA di Singapura tahun depan.
Beliau adalah antara 102 penerima darjah dan bintang kebesaran Selangor sempena Hari Keputeraan ke-69 Sultan Selangor.
Bernama
Thu Dec 11 2014
Azmin berkata tidak ambil hati dengan penganugerahan Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor kepada 2 anggota exco kerajaan negeri.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
xxx
xxx
Layak ke Piala Dunia antara aspirasi TN50 - Khairy
Pasukan bola sepak Malaysia layak ke saingan Piala Dunia antara aspirasi Transformasi Nasional 50 (TN50), kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Polis Thailand rampas satu juta pil methamphetamine, tangkap empat penghantar
Polis menahan empat orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan rampasan hampir sejuta pil methamphetamine di sebuah rumah di selatan Thailand.
KKMM cadang wujud perkhidmatan wifi percuma di bandaraya Kota Kinabalu
Peruntukan untuk menyediakan perkhidmatan WiFi percuma itu akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak KKMM.
KP DBKL Mhd Amin Nordin dilantik Datuk Bandar KL yang baharu
Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz, 59, dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu berkuat kuasa 18 Julai ini.
Persenda Islam: Perbicaraan ke atas Vivian Lee diteruskan
Perbicaraan ke atas Vivian Lee - bekas teman wanita penulis blog kontroversi, Alvin Tan - yang menghadapi pertuduhan mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan akan diteruskan 13 Julai depan.
Kemaman kembali dilanda banjir
Daerah Kemaman, Terengganu kembali dilanda banjir dengan tiga pusat pemindahan dibuka untuk menempatkan 125 mangsa daripada 37 keluarga malam ini.
BookXcess sedia troli bakul untuk kemudahan pengunjung BBW
Kemudahan troli bakul ini diperkenalkan buat pertama kalinya pada edisi kelima penganjuran jualan buku itu bagi menambah keselesaan, khususnya kepada pengunjung baharu.
Korea Selatan, Asean mampu jadikan ekonomi serantau inklusif, dinamik - Najib
Korea Selatan dapat membantu memastikan ekonomi serantau menjadi inklusif memandangkan kerjasama bersama rakan Asean lain akan membolehkannya menjadi lebih dinamik, kata Najib.
Azmin tidak ambil hati dengan pengurniaan darjah kebesaran kepada dua exco
Mohamed Azmin Ali berkata beliau tidak mengambil hati dengan penganugerahan Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran 'Datuk' kepada dua anggota exco kerajaan negeri.