Menteri Kerja Raya Baru Bian telah dipilih semula sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR.

PKR dalam satu kenyataan malam Sabtu berkata Baru, 60, yang juga Anggota Parlimen Selangau dilantik semula setelah selesai proses perbincangan dan rundingan di antara Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ketua-ketua cabang negeri Sarawak.

Mesyuarat di antara Anwar dan 27 ketua cabang negeri telah diadakan di sini Jumaat.

Bagaimanapun Baru tidak hadir kerana menjalankan tugas rasminya di Lawas. -- BERNAMA