Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Karamunting (ADUN) Datuk Charles O Pang Su Pin meletakkan semua jawatan dalam Parti Liberal Demokratik (LDP) dengan serta-merta.
Beliau yang merupakan Ketua Bahagian LDP Elopura dan anggota Majlis Tertinggi LDP mengumumkan keputusan itu dalam mesyuarat Bahagian LDP Elopura semalam.
Charles dalam kenyataannya di sini hari ini berkata keputusan itu turut disertai 18 anggota Jawatankuasa Bahagian LDP Elopura termasuk timbalan ketua bahagian, dua naib ketua bahagian, ketua pemuda dan ketua wanita.
Menurutnya keputusan itu dicapai selepas mereka mengadakan mesyuarat bahagian itu, semalam.
"Saya bangga telah berkhidmat kepada parti (LDP) sejak menjadi anggota pemuda LDP Bahagian Karamunting pada 2001 dan gembira untuk meninggalkan legasi itu," katanya.
Charles juga merupakan anggota LDP seumur hidup dan bekas Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Sandakan.
Menurutnya surat peletakan jawatan parti itu telah dihantar kepada Setiausaha Agung LDP Datuk Ir Yong Wui Chung.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-18, 9 Mei lepas, Charles yang hanya satu penggal menjadi wakil rakyat di DUN Karamunting pada 2013 tidak dinamakan semula untuk bertanding di kerusi itu dan digantikan oleh Naib Presiden LDP Lim Kai Min.
Lim kalah kepada calon Parti Warisan George Hiew Vun Zin dengan majoriti undi 3,848.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 24 2018
Datuk Charles O Pang Su Pin (kiri dalam gambar) mengambil keputusan selepas mengadakan mesyuarat bahagian semalam. -Foto Facebook/lim.hoo
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan Perak akan bincang bentuk bantuan kepada waris
Kerajaan Negeri Perak akan melihat bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kepada keluarga tiga mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas di Lumut.
Harga minyak mahal akibat konflik beri cabaran besar kepada syarikat penerbangan - MIDF Research
Kenaikan harga bahan api jet merupakan cabaran utama kepada sektor penerbangan susulan daripada konflik geopolitik di Asia Barat yang kian memuncak kebelakangan ini.
Niaga AWANI: Breaking free from legacy systems in Malaysian companies
Daryll Tan, co-founder and director of OpenMinds Group emphasises the necessity for businesses to discard old paradigms and embrace new perspectives.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun
Mantan presiden Amerika Syarikat Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun Taro Aso di New York pada Selasa.
Seramai 38 orang terbunuh dalam hujan lebat di Kenya
Hujan lebat yang melanda Kenya menyebabkan seramai 38 orang terbunuh dan lebih 11,000 orang dipindahkan.
Peluru berpandu Rusia serang kawasan kediaman di Kharkiv
Konflik Rusia- Ukraine terus memuncak apabila peluru berpandu Russia menyerang kawasan kediaman di bandar kedua terbesar Ukraine, Kharkiv pada Rabu.
Palsu dokumen: Anak menteri besar, pegawai pejabat MB antara enam direman SPRM
Anak seorang menteri besar dan pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman SPRM bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen.
Pesawat terhempas di Sungai Tanana, Alaska
Sebuah pesawat Douglas DC-4 telah terhempas di kawasan sungai di Fairbanks di negeri Alaska Amerika Syarikat pada Selasa.
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Kaum Cina Batu Pahat didedahkan dengan erti sebenar Aidilfitri
Hidayah Centre Batu Pahat mengambil pendekatan berbeza meraikan Aidilfitri dengan melaksanakan program yang turut melibatkan mereka yang bukan beragama Islam.
Muhyiddin jumpa RoS pada Isnin berhubung pindaan Perlembagaan Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertemu dengan pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) Isnin ini berhubung pindaan perlembagaan parti itu.
ADUN Jepak meninggal dunia
Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Kompleks Pusara Islam Semariang pada jam 7.15 malam sebelum dikebumikan sekitar jam 9 malam.
40 ADUN P.Pinang angkat sumpah, Law Choo Kiang kekal Speaker DUN
ADUN Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz, 47, yang juga wakil tunggal daripada AMANAH dilantik Timbalan Yang Dipertua DUN Pulau Pinang, selepas menjadi calon tunggal bagi jawatan itu.
40 ADUN Pulau Pinang angkat sumpah 29 Ogos - Ketua Menteri
Sebanyak 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang dijadual mengangkat sumpah pada 29 Ogos ini di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Panglima perang bakal MB Kelantan?
Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dikatakan sudah mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhamad ke lima pagi tadi.
PRN: Calon veteran diganti orang muda perkara biasa dalam parti - Teo
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching berkata pertukaran calon veteran kepada calon muda pada pilihan raya, merupakan perkara biasa dalam mana-mana parti.
PRN Kedah: 'Gelombang hijau' masih bergelora atau bakal berubah?
Status Kedah sebagai 'swing state' atau senario politik negeri sering berubah, bakal ditentukan pada PRN kali ini.
DUN Sabah lulus RUU Antilompat Parti
DUN Sabah meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2023 berkaitan antilompat parti.
Kerajaan Perak stabil, 'very bad' kalau Pesuruhjaya Pas bohong - Saarani
Saarani minta semua pihak berpolitik secara bertanggungjawab dan tidak mencetuskan polemik yang tidak bermanfaat, hanya mengundang resah.