Anggota Barisan Nasional (BN) khususnya daripada gerakan belia, harus mengetepikan sebarang perbezaan dan meletakkan kepentingan pakatan itu sebagai keutamaan untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Ketika membuat gesaan itu, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata rakyat harus diberi ingatan bahawa hanya BN yang boleh memberi kestabilan dalam politik dan ekonomi negara ini.
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata kekuatan BN adalah keunikannya daripada kepelbagaiannya yang amat diperlukan untuk mentadbir sebuah negara yang berbilang kaum seperti Malaysia.
"Kita dihormati kerana kepelbagaian dan kesederhanaan kita," katanya ketika berucap pada majlis makan malam persahabatan anjuran Gabungan Persatuan-persatuan Sahabat Malaysia (GPSM) di sini, pada Jumaat.
Turut hadir Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong serta Penaung GPSM yang juga Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S.A Vigneswaran.
Majlis makan malam itu juga dianggap istimewa kerana keempat-empat pemimpin itu adalah dalam era yang sama ketika Hishammuddin menerajui Pemuda BN. Hishammuddin merupakan Ketua Pemuda UMNO dari 1998 hingga 2009.
"Persahabatan ini sudah sekian lama kerana ia berdasarkan konsep BN sendiri, yang mencerminkan kerjasama politik pelbagai kaum. Saya berharap kesemua dalam dewan ini boleh mencontohi semangat ini dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang," kata Vigneswaran.
Sementara itu, Liow, yang juga Menteri Pengangkutan berkata hanya BN yang berupaya membawa negara ke peringkat lebih tinggi.
"Kerana ada kestabilan di bawah pimpinan BN maka dasar-dasar kerajaan dapat diteruskan ...kita mempunyai kerajaan yang inklusif dan sederhana. Kita tidak membenarkan golongan ekstremisme bertapak di negara ini," katanya.
Mah, yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berharap Pemuda BN dapat membantu barisan kepimpinan negara dalam menangkis persepsi negatif terhadap kerajaan.
"Kita harus membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memastikan Malaysia tetap bersatu dan tidak terjejas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kita perlu memastikan Malaysia terus maju," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 11 2017
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berucap pada Jamuan Makan Malam Sahabat anjuran Gabungan Persatuan-Persatuan Sahabat SeMalaysia di Jalan Ampang malam tadi. - Foto BERNAMA
Burung unta 'kesunyian' nekad larikan diri
Haiwan digelar Tadori itu bagaimanapun berjaya ditangkap dan dihantar semula ke taman ekologi selepas berkeliaran selama hampir sejam.
AWANI Pagi: Wajarkah asas teknologi AI diajar dalam pendidikan rendah?
Apa rasional di sebalik cadangan memperkenalkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) di peringkat sekolah rendah? Dr Khadijah Said Hashim, Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM akan berkongsi pandangannya sama ada ia boleh dilaksanakan atau sebaliknya dalam #AWANIPagi
Arab Saudi dipilih pengerusi Suruhanjaya Status Wanita ke-69
Abdulaziz Alwasil dari Arab Saudi akan berkhidmat sebagai pengerusi sesi ke-69 CSW.
KBS kembali beri tumpuan ke sekolah
Kementerian Belia dan Sukan akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet berpotensi pada masa depan.
“Saya tak benarkan Diana buat bariatrik” - Farid Kamil
Farid lebih yakin hanya cara semula jadi lebih selamat untuk menurunkan berat badan.
Pemandu bas kilang ditahan, rempuh penunggang motosikal sehingga maut
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
Gagal capai sasaran, kerajaan tak boleh pandang ringan
Kegagalan Kerajaan untuk mencapai sasaran 30 juta pendaftar menjelang hujung bulan 3 ini harus dijadikan sebagai satu isyarat bahawa masih ada segelintir yang skeptikal tentang sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
Kerajaan harus ambil cakna tentang keraguan orang ramai tentang sistem PADU sebagai satu mesej.
Menurut Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Siraj Jali, masalah ini tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya,ia tercetus sebuah pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Kerajaan harus ambil cakna tentang keraguan orang ramai tentang sistem PADU sebagai satu mesej.
Menurut Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Siraj Jali, masalah ini tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya,ia tercetus sebuah pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Arab Saudi dipilih pengerusikan Suruhanjaya Status Wanita (CSW) ke-69
Arab Saudi dipilih sebulat suara pada Rabu untuk mempengerusikan badan wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Suruhanjaya Status Wanita (CSW).
Tokoh Wartawan Negara 2014, meninggal dunia
2014, Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia di kediamannya 2 pagi Jumaat
ICJ arah Israel ambil tindakan atasi kebuluran di Gaza
ICJ berkata, rakyat Palestin di Gaza menghadapi keadaan hidup yang teruk, kelaparan dan kebuluran semakin meruncing.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Dewan Tertinggi BN hormat keputusan Lembaga Pengampunan
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
'BN-PH adik beradik, runding elok-elok' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri mengingatkan BN dan PH Perak untuk terus mempertahankan keikhlasan dan persepakatan dalam pentadbiran negeri.
Pertemuan BN Selangor bukan hanya bincang pelantikan Ahli Majlis
UMNO Selangor bincang tawaran yang diberikan oleh Pakatan Harapan Selangor kepada parti berkenaan, pada Jumaat.
RUU kekalkan kerajaan perlu untuk wujud kerajaan stabil, yakinkan pelabur - MB Perak
Cadangan penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) untuk mengekalkan kerajaan mentadbir sehingga akhir penggal perlu dilaksana untuk mewujudkan kerajaan yang stabil.