Bersatu tidak pernah sekat perbahasan perwakilan - Tun Mahathir

Bersatu tidak pernah sekat perbahasan perwakilan - Tun Mahathir
Tun Mahathir mengingatkan perwakilan bahawa kemenangan pada PRU14 tidak mungkin dicapai sekiranya tiada permuafakatan antara parti-parti komponen Pakatan Harapan.
PUTRAJAYA: Topik perbahasan oleh perwakilan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu 2018 tidak pernah disekat dari menyuarakan pendangan dan amalan itu akan terus menjadi budaya parti itu.

Kata Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad, intipati perbahasan hari ini banyak “membelasah” pimpinan parti, namun semua teguran itu perlu diterima.
“Kita bersidang sebab nak bercakap. Apa guna bersidang kalau tak boleh bercakap?

“Saya yakin, kita terima baik teguran dan kita percaya, tanpa teguran kita akan menyeleweng,” katanya dalam ucapan penangguhan PAT ke-2 hari ini.

Mengulas mengenai usul perwakilan untuk beliau meneruskan tugas sebagai Perdana Menteri hingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Dr Mahathir sekali lagi menegaskan beliau tiada pilihan tetapi berpegang kepada janji dibuat bersama Pakatan Harapan (PH).

Beliau mengingatkan perwakilan bahawa kemenangan pada PRU14 tidak mungkin dicapai sekiranya tiada permuafakatan antara parti-parti komponen PH.

“Yang lebih utama ketika itu adalah untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak, dan untuk ini kita perlu berkorban. Saya perlu berkorban. Saya perlu terima syarat itu dan yang utama bukan siapa menjadi Perdana Menteri tetapi untuk menjatuhkan Najib,” katanya lagi.

Tag: Najib Razak, Mahathir Mohamad, Pakatan Harapan, Perdana Menteri, pilihan raya umum, menteri, perhimpunan, pilihan raya, PRU14, PATBersatu2018


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.