Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini berkata keputusan sama ada beliau bertanding atau tidak pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan ditentukan pengundi di kawasannya.
"Kalau PM (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) beritahu you (awak) bertanding, saya akan semak dahulu jika pengundi nak...jika (mereka) nak, saya bertanding.
"Tapi kalau PM tak nak dan saya semak dan dapati pengundi nak (saya bertanding), saya akan kata tak, pengundi masih mahu saya," katanya di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini pada Isnin.
Adnan berkata keputusan itu bukan bermakna beliau sudah 'penat' namun beliau telah melalui pelbagai perkara dalam karier politiknya sejak 31 tahun lalu dengan 19 tahun daripadanya bergelar menteri besar.
Beliau berkata demikian semasa mencelah pada sesi penggulungan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar negeri Datuk Seri Mohd Soffi Abdul Razak yang kemudiannya menyatakan sokongan kepada Adnan untuk terus bertanding.
Adnan yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pelangai bagaimanapun membalas dengan berkata ada eloknya juga jika beliau tidak bertanding kerana memberi peluang kepada orang lain yang berhasrat menjadi menteri besar.
Isu bertanding timbul selepas Mohd Soffi disoal beberapa kali oleh ADUN Semambu Lee Chean Chung daripada PKR berhubung isu politik matang yang menurutnya menjadi amalan di negara luar termasuk dalam pemberian bantuan.
Lee membangkitkan jika kerajaan negeri boleh memberikan peruntukan kepada ADUN pembangkang, walaupun pembangkang di Selangor dan Pulau Pinang iaitu Barisan Nasional (BN) tidak mengambil peruntukan yang ditawarkan kepada mereka.
Menjawab soalan itu, Adnan berkata beliau tetap memberi bantuan kepada permohonan yang dikemukakan pembangkang walaupun tiada peruntukan khas diberikan, malah menandatangani banyak surat permohonan setiap minggu.
Sebagai contoh, Adnan merujuk kepada permohonan Syed Hamid Syed Mohamed (PAN-Semantan) berhubung bantuan kewangan untuk penduduk yang menghidap penyakit kronik apabila surat itu dikemukakan kepadanya sebelum persidangan pada Isnin bermula.
"Bukan kita tak nak beri (peruntukan) tapi di Selangor dan Pulau Pinang pun, pembangkang tidak terima. Kalau pembangkang sana tak mahu terima, tak akan pembangkang di sini nak terima? Saya sebenarnya jaga maruah pembangkang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 27 2017
ADNAN: Saya akan semak dahulu jika pengundi nak. - Gambar fail
Pemain badminton negara pamer kekuatan mental menjelang Piala Thomas, Uber
Pemain negara mempamerkan tahap kekuatan mental dan psikologi yang mantap serta semangat juang tinggi menjelang saingan Piala Thomas dan Piala Uber pada 27 April hingga 5 Mei ini.
AWANI Borneo [19/04/2024] – Perubahan iklim | Kekurangan pakar perubatan | Dipercayai dibaham buaya
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Fauzi Zin
#AWANIBorneo 19 April 2024
- Abang Jo ke Poland kongsi pengalaman Sarawak urus perubahan iklim
- Sabah mahu autonomi kesihatan seperti Sarawak
- Usaha cari warga emas dipercayai dibaham buaya masih buntu
#AWANInews
#AWANIBorneo 19 April 2024
- Abang Jo ke Poland kongsi pengalaman Sarawak urus perubahan iklim
- Sabah mahu autonomi kesihatan seperti Sarawak
- Usaha cari warga emas dipercayai dibaham buaya masih buntu
#AWANInews
Palestin kecam AS guna kuasa veto halang keanggotaan penuh negara itu dalam PBB
Palestin mengecam sekeras-kerasnya keputusan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kuasa veto bagi menolak usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis yang menuntut ke
Pengarah Mentega Terbang gagal peroleh kebenaran merayu, perintah larangan bersuara kekal
Panel hakim membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Mohd Khairianwar untuk kebenaran meneruskan rayuan bagi mengetepikan perintah tersebut.
Polis tingkat kawalan, penugasan di KLIA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan dan jumlah penugasan pegawai serta anggota di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 sejak Selasa lepas.
Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Kebangsaan dI Sabah esok
Sambutan Aidilfitri bertemakan 'Perpaduan Melalui Perayaan' itu akan dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan diserikan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Pemergian Joseph Kurup kehilangan besar buat negara - TPM
Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan mendian Joseph Kurup sebagai pemimpin yang sangat baik dan banyak menyumbang kepada pembangunan Sabah.
Joseph Kurup guru dan sahabat dalam politik - Hajiji
Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan mendian Tan Sri Joseph Kurup sebagai seorang yang sangat banyak berjasa bukan hanya kepada pembangunan Sabah malah mediang dianggap seperti mentornya dalam politik.
Inisiatif bekalan air bersih di pedalaman bakal jadi tumpuan sidang DUN Sarawak
Empat agensi air di bawah Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak sedang merangka inisiatif bagi memastikan sasaran 100 peratus bekalan air bersih di seluruh Sarawak menjelang 2030 tercapai.
PRK: Adnan Yaakob sangkal dakwaan Pelangai tidak membangun
Bekas Menteri Besar Pahang Tan Sri Adnan Yaakob menyangkal dakwaan Barisan Nasional (BN) gagal membawa pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.
"UMNO pun dah nak bungkus" - Adnan Yaakob
Kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu disifatkan sebagai petanda parti itu akan mengalami lebih banyak kekalahan selepas ini.
Adnan Yaakob terima ijazah undang-undang pada usia 72 tahun
Minat mendalam terhadap ilmu menjadi pendorong kepada bekas Menteri Besar Pahang ke-14 Tan Sri Adnan Yaakob untuk menamatkan pengajian Sarjana Muda Undang-Undang pada usia 72 tahun.
36 tahun bergelar wakil rakyat, Adnan Yaakob umum bersara
Setelah 36 tahun menabur bakti kepada rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai yang juga bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob mengumumkan persaraannya, hari ini.
UMNO jangan sombong, bongkak dan angkuh - Perwakilan Wanita
Kemenangan Barisan Nasional di Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai bukan jaminan mutlak parti itu sudah diterima rakyat sepenuhnya.
Bumi Pahang 'menangis' sambut kepulangan Sultan Ahmad Shah
Sejak petang, cuaca mendung sebelum gerimis membasahi ruang udara Pangkalan Udara Kuantan, semasa pesawat khas yang membawa jenazah almarhum dari Pangkalan Udara TUDM Subang mendarat pada 7.25 petang.
Penyata kewangan Pahang dipinda, hutang tidak setinggi RM3.17 bilion - Adnan
Bekas menteri besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mendakwa bahawa penyata kewangan kerajaan negeri Pahang telah dipinda oleh pihak tertentu.
Sultan Pahang tunjuk perkembangan positif
Baginda juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua rakyat dan pemimpin di Pahang kerana mendoakan kesejahteraan serta kesihatan ayahanda baginda.
Penstrukturan semula PAIP kurangkan beban hutang negeri Pahang
Penstrukturan PAIP akan membolehkan hutang kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan dihapuskan dengan statusnya ditukar kepada geran atau peruntukan.
Hutang RM3 bil bukan sebab ketidakcekapan atau berjoli - Adnan Yaakob
Beliau berkata jumlah hutang itu dihimpunkan daripada pentadbiran menteri besar terdahulu dan tidak mudah untuk dijelaskan kerana kerajaan negeri mempunyai hasil yang terhad.