"Dia nak kahwin, kahwinlah."

Itu kata perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad apabila ditanya tentang cadangan penggabungan kerajaan campuran Barisan Nasional (BN) dan Pas.

"Biarlah kalau dia (BN dan Pas) nak bersatu, bersatulah.

"Negara kita ni bebas. Tapi kalau nak kawin (antara lelaki) dengan lelaki, tak boleh lagilah. Kalau pergi negara lain, (mungkin) boleh." katanya kepada media selepas Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen Ke-14 di sini pada Isnin.


Beliau yang dilihat seolah tidak ambil kisah tentang cadangan itu berkata demikian sebagai reaksi kepada cadangan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk mewujudkan kerajaan campuran di empat negeri yang ditadbir BN dan Pas ketika ini.