'Bossku' tidak gugat PH, pengikut bukan pengundi Semenyih - Mukhriz

'Bossku' tidak gugat PH, pengikut bukan pengundi Semenyih - Mukhriz
Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata kebanyakan pengikut Najib yang menghadiri programnya di sini bukanlah pengundi di kawasan Semenyih tetapi merupakan orang luar. - Gambar fail/BERNAMA
SEMENYIH: Imej 'Bossku' yang dibawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih tidak menggugat peluang Pakatan Harapan (PH) untuk mempertahankan kerusi itu.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata kebanyakan pengikut Najib yang menghadiri programnya di sini bukanlah pengundi di kawasan Semenyih tetapi merupakan orang luar.

"(Bagi saya) ia seolah-olah satu penghinaan kepada rakyat kerana cuba meraih sokongan walaupun semua sedia maklum beliau (Najib) terpalit dengan macam-macam masalah penyelewengan.
"(Tetapi) terpulang kepada Barisan Nasional (BN) jika merasa beliau mampu memberi kekuatan kepada BN mereka boleh teruskan," katanya kepada pemberita selepas berkempen bertemu masyarakat India di Ladang Rinching di sini, hari ini.

Menteri Besar Kedah itu turun berkempen bagi memastikan kemenangan calon Pakatan Harapan, Muhammad Aiman Zainali yang berdepan tiga lagi calon bagi kerusi DUN Semenyih.

Calon lain ialah Zakaria Hanafi (BN), calon Bebas Kuan Chee Heng dan Nik Aziz Afiq Abdul daripada Parti Sosialis Malaysia.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor daripada Bersatu yang mewakili PH pada 11 Jan lepas akibat serangan jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 2 Mac sebagai hari mengundi, sementara pengundian awal 26 Feb ini.

-- BERNAMA

Tag: Bossku, bekas Perdana Menteri, Najib Tun Razak, Pilihan Raya Kecil, PRK, Dewan Undangan Negeri, Pakatan Harapan, PH, Semenyih, Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Bersatu, Mukhriz Mahathir, Muhammad Aiman Zainali


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.