Anggota seumur hidup DAP, Amran Ahmad mendedahkan bahawa DAP berhasrat menuntut jawatan Menteri Besar Perak jika Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Rabu ini.
Beliau berkata pendedahan itu berdasarkan surat yang didakwa diterimanya pada 6 April lepas daripada Prof Dr Abdul Aziz Bari, calon DAP bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebing Tinggi, Perak yang menyebut DAP tidak selesa untuk memberi jawatan menteri besar itu kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, sebaliknya DAP mahu menonjolkan tokoh dalam kalangan parti mereka sendiri.
"Ini adalah satu pembohongan jelas yang dilakukan oleh DAP yang mana kali ini dilakukan oleh pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, yang pada ketika dahulu berkata mereka tidak berhasrat menuntut jawatan Menteri Besar Perak.
"Ramai melihat kenyataan ini sebagai satu strategi politik untuk mengelak pengundi Melayu lari daripada menyokong PH," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Amran turut melahirkan rasa kesal terhadap Abdul Aziz yang membiarkan dirinya sehingga kini diperalat oleh DAP.
"Saya banyak dapat maklumat daripada beliau tentang hala tuju politiknya, namun kesal beliau yang berintegriti itu diperalatkan DAP, saya pasti Abdul Aziz akan berada di bawah telunjuk Pengerusi DAP negeri, Nga Kor Ming dan Penasihat DAP Perak, Ngeh Koo Ham.
"Selain itu, orang ramai menganggap bahawa hubungan semua parti dalam PH adalah baik tetapi ia adalah sebaliknya berlaku. Sejak zaman Pakatan Rakyat lagi, PKR dan DAP sering bercakaran," katanya yang tidak bercadang untuk keluar daripada parti itu buat masa ini.
BACA: 'Saya tidak mahu bersekongkol lagi'
BACA: Kit Siang elak bertemu media berhubung pendedahan propaganda parti
Sabtu lalu, media tempatan melaporkan Amran yang juga pasukan publisiti DAP pusat, mendedahkan bahawa DAP mempunyai niat untuk menyebarkan progaganda yang bersifat fitnah terhadap kerajaan semata-mata untuk meraih undi rakyat pada PRU14.
Justeru, beliau menyeru rakyat di seluruh negara terutama pengundi Melayu di Perak, agar tidak menyokong PH pada pilihan raya nanti.
"Jangan sokong PH, jangan undi logo PKR, tanpa anda sedar anda menyerahkan Perak kepada DAP," katanya sambil menambah PH tidak layak memerintah Malaysia.
Katanya, beliau akan membuat beberapa siri pendedahan bagi memberi pemahaman kepada rakyat secara jelas tentang propaganda dan niat jahat parti pembangkang itu untuk mengelirukan orang ramai.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 07 2018
AMRAN: Tanpa anda sedar anda menyerahkan Perak kepada DAP.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Manchester City buka sekolah di Vietnam
Dwight School Hanoi sedia membentuk bakat muda di kampus termaju seluas 41,000 kaki persegi di The Manor Central Park, Hanoi.
Akhirnya, DAP pecat Amran Ahmad
Naib Pengerusi Biro Buruh DAP, Amran Ahmad dipecat daripada parti itu berkuat-kuasa, semalam.
PRU14: Kit Siang elak bertemu media berhubung pendedahan propaganda parti
Wakil media yang hadir membuat liputan ceramah beliau di Anson Kopitiam di sini cuba mendekati Kit Siang sebaik sahaja beliau habis berceramah dan turun daripada pentas sekitar 10.15 malam.
'Saya tidak mahu bersekongkol lagi'
DAP didakwa menyebarkan propaganda jahat yang bersifat fitnah semata-mata untuk memancing undi rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.
RCI 13 Mei: Suara Melayu DAP tolak cadangan Kit Siang
Cadangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang supaya kerajaan menubuhkan RCI bagi menyiasat insiden 13 Mei 69 dilihat sebagai sesuatu yang sia-sia.