Dr Sahruddin Jamal, Mohd Khuzzan Abu Bakar, Aminolhuda Hassan, merupakan antara nama disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar Johor beberapa hari kebelakangan ini, sebelum pengesahan peletakan jawatan Datuk Osman Sapian hari ini.
Satu poster yang meletakkan gambar ketiga-tiganya, menjadi viral melalui media sosial hari ini, dengan tajuk "Siapa pun calon Menteri Besar Johor mestilah mendapat perkenan daripada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, seperti yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Johor."
Dalam pada itu, menurut sumber dalaman PKR, pihaknya mengetahui kerusi dan jawatan Menteri Besar Johor, adalah kouta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor.
Bagaimanapun PKR tetap menyediakan dua nama iaitu Mohd Khuzzan Abu Bakar dan Adun Bukit Naning, Md Ysahrudin Kusni.
"Namun semua keputusan untuk jawatan Menteri Besar Johor ini adalah atas perkenan Sultan Johor dan apa juga keputusan jawatan berkenaan akan kami terima.
"Namun perkara paling penting adalah khidmat yang diberikan kepada rakyat, dengan mendahulukan rakyat," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, difahamkan Parti Amanah akan menghantar nama calon sekiranya mendapat titah dari Sultan Johor.
"Kita tunggu titah daripada Tuanku (Sultan Ibrahim). Jika Tuanku titah maka kita akan hantar. Setakat ini, Amanah belum hantar lagi," kata sumber dalaman parti itu.
Sumber itu turut memberitahu parti berkenaan sudahpun meletakkan nama calon yang hanya akan dimaklumkan kemudian.
Dr Sahruddin dari Parti Pribumi Bersatu Johor (Bersatu) merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong manakala Mohd Khuzzan, yang juga ADUN Semerah itu, merupakan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri.
Sementara itu, Aminolhuda yang merupakan Pengerusi Amanah Johor, kini turut menyandang Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan dan merupakan ADUN Parit Yaani.
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dari kerajaan negeri.
Terdahulu, Dr Sahruddin menjadi wakil rasmi Osman ke Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura yang berlangsung di Putrajaya hari ini.
Pengumuman peletakan jawatan Osman disahkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini di lobi Parlimen, selepas satu pertemuan antara Dr Mahathir dan Osman di Putrajaya semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 09 2019
Semua keputusan untuk jawatan Menteri Besar Johor ini adalah atas perkenan Sultan Johor. - Astro AWANI
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Bapa mentua Aminolhuda meninggal dunia akibat strok
Bapa mentua kepada Ahli Parlimen Sri Gading Aminolhuda Hassan meninggal dunia akibat strok, di Hospital Sultanan Aminah (HSA) di sini pagi tadi.
Jawatankuasa induk jentera pilihan raya PH Johor dibentuk
Jawatankuasa itu akan diketuai Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan bagi menghadapi PRK kedua kerusi berkenaan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub, pada 23 Julai lepas.
Amanah Johor harap anak tempatan jadi calon PRK
Aminolhuda berkata, perkara tersebut antara yang dicapai hasil mesyuarat yang diadakan bersama pimpinan Amanah negeri.
Muhyiddin mohon peruntukan RM300,000 kepada Ahli Parlimen bantu mangsa banjir
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencadangkan supaya jumlah bantuan berkenaan dinaikkan.
PRU15: Wujudkan polisi pengambilan pekerja asing - Calon
Syarikat industri turut digesa mengutamakan pengambilan pekerja tempatan berbanding warga asing.
PRN Johor: PH buat 'post mortem' segera kaji silap dan kekurangan
Pakatan Harapan (PH) akan melakukan 'post mortem' dalam kadar segera bagi memastikan kelemahan, kekurangan dan kesilapan sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dapat diperbaiki.
PRN Johor: PH umum tiga teras tawaran kepada rakyat Johor
Ia masing-masing melibatkan teras membina semula ekonomi rakyat; menjamin kesejahteraan rakyat; serta mewujudkan pentadbiran bersih, cekap dan bermaruah.
PH Johor, MUDA bincang kerjasama hadapi PRN
Pakatan Harapan (PH) Johor mengadakan perbincangan dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bagi menjalin kerjasama dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Beri laluan hingga akhir penggal, PRN Johor dalam masa terdekat tidak wajar
Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan menegaskan, kerajaan negeri yang dipimpin Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad itu disaran untuk terus mentadbir jentera kerajaan sehingga akhir penggal.
18 kerusi DUN Johor 'ditinggalkan' Bersatu akan dibahagi secara muafakat dalam PH
Sebuah jawatankuasa pengagihan kerusi DUN antara Parti Amanah Negara (Amanah), DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga sudah ditubuhkan di peringkat negeri.