Anggota Barisan Nasional (BN) diminta berhati-hati terhadap ancaman dalaman atau pihak luar yang sengaja mencari kesilapan menjelang musim pilihan raya, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Beliau berkata masalah itu terpaksa dihadapi oleh calon-calon BN apabila tidak mustahil ada segelintir pihak yang berdengki serta unsur sabotaj.
Mengulas penahanan Ketua UMNO Bandar Tun Razak Datuk Rizalman Mokhtar berhubung penyalahgunaan dadah, Tengku Adnan, yang juga Setiausaha Agung UMNO, berkata pihaknya sedang menunggu laporan siasatan pihak berkuasa sebelum mengambil tindakan lanjut di peringkat parti.
"... tetapi saya tahu ada unsur-unsur sabotaj. Tiga minggu lalu, Ketua (UMNO) Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani kena, sekarang Rizalman. Lepas ini tak tahu siapa kena. Kita panggil musim ini 'silly time in politics' (keadaan yang berlaku sebelum pilihan raya apabila janji tidak dapat ditunai dan tuduhan liar menjadi perkara biasa)," katanya diminta mengulas status Rizalman yang ditahan dalam satu serbuan di sebuah kelab malam di Jalan Imbi, Kuala Lumpur, Isnin lepas.
Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan ditemui pemberita selepas melancarkan Program Bantuan Pemakanan Sekolah Menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 18 (1), di sini hari ini.
Pada satu sidang media semalam, Rizalman mendakwa disabotaj kerana tidak pernah terbabit dalam sebarang pengambilan dadah dan yakin ia adalah satu perangkap terhadapnya bertujuan merosakkan nama baik beliau.
Ditanya sama ada insiden tersebut merupakan ancaman dalaman BN, Tengku Adnan yang tidak menolak kemungkinan itu berkata: "Ini masalah di dalam dan di luar juga. Pembangkang juga tahu jentera Wilayah Persekutuan bergerak begitu lancar dan baik. Momentum itu menggugat pembangkang dan pembangkang akan mencari jalan."
Mengenai Program Bantuan Pemakanan, beliau yang merupakan Pengerusi Yayasan Wilayah Persekutuan berkata 1,600 pelajar dari 105 sekolah menengah di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dikenal pasti untuk menerima makanan berkhasiat percuma dengan jumlah peruntukan keseluruhan RM10 juta.
Beliau berkata yayasan itu akan menyediakan bekas khas kepada pengusaha kantin dan setiap hidangan mengandungi makanan yang berkhasiat dan seimbang agar para pelajar dapat memberi tumpuan pada pembelajaran dalam kelas seterusnya dapat meningkatkan prestasi akademik mereka.
"Program ini adalah bagi mengatasi permasalahan ketidakhadiran ke sekolah berpunca daripada ketiadaan wang saku dan ada yang terpaksa melakukan kerja sambilan. Saya minta yayasan meneliti dan mengkaji siapakah pelajar-pelajar yang benar-benar memerlukan bantuan.
Beliau berkata program berkenaan membuktikan kerajaan BN melalui pelbagai agensi sentiasa berusaha untuk membantu dan memberi perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat tanpa mengira warna kulit, agama mahupun ideologi politik.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 05 2018
Dalam musim pilihan raya, ancaman dalaman dan luaran parti boleh menjejaskan integriti. - Gambar hiasan
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
The future of Malaysia's semiconductor industry
The Investment, Trade and Industry Ministry (MITI) will draw up a comprehensive strategic semiconductor plan to ensure that malaysia remains the chosen investment destination for this strategic industry. What role does Malaysia currently play in the global semiconductor supply chain, and how do you see this evolving in the coming years?
Mesyuarat PAC: Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Bantahan perang di Gaza meningkat di universiti, kolej AS
Penunjuk perasaan mendesak agar dihentikan korban awam di Gaza yang kini mencecah lebih 34,000.
MITI optimis prestasi perdagangan lebih baik pada 2024
Tengku Zafrul menjelaskan, MITI juga memperbaharui fokusnya dengan berpaksikan kepada empat tunjang utama iaitu ekonomi, kelestarian, rakyat dan inovasi.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).