Empat Ahli Parlimen UMNO Sabah didakwa bakal meninggalkan parti itu pada Selasa.

Khabar angin yang bertiup kencang mendakwa, empat ahli parlimen itu ialah Datuk Abdul Rahim Bakri (Kudat); Datuk Azizah Mohd Dun (Beaufort); Datuk Zakaria Edris (Libaran) dan Datuk Seri Ronald Kiandee (Beluran).

Bagaimanapun tiada kenyataan rasmi dilakukan Badan Perhubungan UMNO Sabah setakat ini dan satu sidang media dijangka diadakan esok.

BACA: Samsudin dan 55 ketua cawangan UMNO Bahagian Batu Sapi keluar UMNO

BACA: Riwayat UMNO Sabah belum berakhir - Pemuda UMNO

Sebelum ini terdapat khabar angin yang mengaitkan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin yang bakal meninggalkan UMNO.

Bagaimanapun Bung dikatakan terus kekal bersama parti tersebut.