Empat calon yang bertanding di Kerusi Parlimen Bagan selesai menyerahkan borang pencalonan masing-masing di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kwang Hwa, Butterworth, hari ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dari DAP mendahului calon lain apabila menjadi yang pertama mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding kerusi Parlimen Bagan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Guan Eng tiba di pusat penamaan calon itu kira-kira jam 8.35 pagi dengan diiringi kira-kira 100 penyokong.

Turut bersama beliau ialah tiga calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Phee Boon Poh, calon DUN Sungai Puyu, Soon lip Chee, calon DUN Bagan Jermal, dan Satees Muniandy calon DUN Bagan Dalam.

Beliau menyerahkan borang pencalonannya sebaik sahaja sebaik sahaja Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pengumuman pembukaan penyerahan borang pencalonan pada jam 9 pagi.

Ia diikuti calon Barisan Nasional (BN), Michele Lee Beng Seng, Datuk Huan Cheng Guan dari
Parti Cinta Malaysia (PCM), dan Koay Xin Boon dari Parti Bersama Malaysia (MU).

Selain kerusi parlimen, calon dari Penang Front Party (PFP) dan Party Rakyat Malaysia (PRM) turut menyerahkan borang pencalonan bagi kerusi DUN Sungai Puyu, Bagan Jermal dan Bagan Dalam.

Sebaik selesai menyerahkan borang pencalonan Guan Eng meninggalkan dewan dan bergegas ke Kompleks Masyarakat Penyayang bagi menyerahkan borang pencalonan untuk kerusi DUN Air Putih.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi parlimen Bagan, Datuk Rozali Mohamud mengumumkan proses penyerahan borang calon di tutup jam 10 pagi.