Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini memberikan enam sebab DAP menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan.
Menurutnya, DAP terkejut dengan kemenangan besar calonnya Vivian Wong dengan majoriti undi sebanyak 11,521, meskipun terdapat pengurangan yang ketara dalam peratusan keluar mengundi sebanyak 18 peratus daripada 72 peratus pada Pilihan Raya Umum Ke-14.
"Pertama, keyakinan dan sokongan penuh daripada pengundi Sandakan untuk Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang telah bersama-sama turun berkempen dari rumah ke rumah selama berhari-hari dan berucap di dalam banyak ceramah DAP, termasuk 45 minit di ceramah kemuncak (grand finale) di dalam hujan lebat tanpa berpayung.
"Ramai pengundi Sandakan, termasuk pengundi Melayu dan Muslim, tersentuh dengan semangat beliau untuk berkhidmat, membangunkan dan membawa perubahan untuk menjadikan Sabah lebih baik, lebih makmur dan bersih untuk semua tanpa mengira bangsa atau agama," katanya dalam kenyataan di sini.
BACA: PRK Sandakan: Ketepi 4 calon lain, Vivian cantas majoriti 10,000 mendiang bapa
Sebab kedua yang diberikan oleh Lim, yang juga Menteri Kewangan, ialah keyakinan dan sokongan penuh terhadap kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Mohd Shafie sebagai pemimpin satu-satunya gabungan yang berkebolehan dan layak untuk menyatukan, mentadbir dan mewakili semua rakyat Malaysia secara geografi dan demografi.
"Seperti dibuktikan keputusan PRK Sandakan, pembangkang tidak mampu menandingi kombinasi Warisan, DAP dan Pakatan Harapan dalam mengutamakan kesederhanaan dan menyatukan rakyat Malaysia dengan mewakili semua kaum, agama, dan kawasan.
"Penolakan politik perkauman yang memecah-belah dan merosakkan, ekstremisme agama, dan korupsi pembangkang ini adalah hadiah terbaik sempena ulang tahun pertama Warisan dan PH memenangi kuasa di peringkat negeri dan kerajaan Persekutuan," katanya.
Sebab ketiga ialah sokongan untuk pembangunan berpaksikan rakyat berbanding kapitalisme kroni untuk menjadikan ekonomi Sandakan dinamik semula, manakala sebab keempat ialah penolakan korupsi dan kerajaan kleptokrasi untuk diganti dengan pentadbiran secara baik dan bersih, kata Lim.
Beliau berkata rakyat sudah letih dan bosan dengan rasuah dan ini merupakan penolakan secara sepenuhnya anggota politik korup yang berkempen di Sandakan, seperti anggota Parlimen Kinabatangan dan mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Lim berkata sebab kelima kemenangan DAP itu ialah sokongan terhadap kerja baik yang dilakukan oleh mantan anggota Parlimen Sandakan Datuk Stephen Wong iaitu bapa Vivian; idealisme dan keutuhan prinsip DAP; dan Vivian sebagai calon yang baik dan melambangkan masa depan dan pemerkasaan wanita dan golongan muda.
Sebab keenam yang diberikannya ialah jentera pilihan raya DAP dan mobilisasi pemimpin dan anggota, yang mendapat sokongan kuat daripada Warisan dan PH, membenarkan kempen yang menyeluruh diisi dengan tenaga, kepantasan, dan capaian pengundi yang meliputi keseluruhan kawasan parlimen.
"DAP ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pemimpin dan anggota Warisan, PH, dan DAP yang telah meluangkan masa untuk memberi sokongan dan memungkinkan kemenangan besar yang bersejarah ini berlaku," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 12 2019
Lim Guan Eng bersama calon DAP Vivian Wong Shir Yee (dua, kanan) mengangkat tangan tanda gembira selepas Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan kemenangan calon DAP tersebut pada Sabtu. - Foto BERNAMA
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
Niaga AWANI: Meta turunkan jangkaan untuk hasil suku kedua
Meta meramalkan pendapatan suku kedua mungkin berada di bawah jangkaan pasaran, menandakan kemungkinan semakan mengenai teknologi AI baharu yang boleh meningkatkan perniagaan syarikat.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Dunia siber yang selamat perlu input wanita - Nurul Izzah
Nurul Izzah berkata, sasaran dunia siber yang lebih selamat memerlukan input daripada wanita untuk memahami cara bagi membolehkan ekosistem selamat diwujudkan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Chongqing percepat usaha jadi hab utama barat daya China
Hab logistik di Chongqing memainkan peranan penting dalam membina zon ekonomi Chengdu-Chongqing, dan mewujudkan kawasan hab kawasan pedalaman yang terkemuka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MRANTI pertingkat kerjasama bidang teknologi, inovasi
Antara lima bidang utama kerjasama tersebut meliputi pertukaran kakitangan dan perkongsian pengalaman pembangunan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang Joanna Felicia diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
Polis buka kertas siasatan komen jelik
Polis membuka kertas siasatan ke atas pemilik akaun Twitter Saifuddin Shafik berhubung komen jelik yang dimuat naik dalam media sosialnya itu membabitkan nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak yang mengorbankan 10 mangsa.
Niaga AWANI: Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - DOSM
Bagi inflasi di peringkat negeri, kebanyakan negeri merekodkan peningkatan di bawah paras inflasi nasional 1.8 peratus.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
[TERKINI] Saluran radio Astro kekal pilihan nombor 1 di Malaysia - Kajian RAM
Kajian Radio Audience Measurement (RAM) pertama yang dijalankan bagi tahun 2024 menunjukkan saluran-saluran Astro Radio mencapai 7O peratus pendengar di Semenanjung Malaysia.
Pukul warga emas, polis tahan pemilik, pembantu rumah kebajikan
Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang nyanyuk dikatakan sering mendatangkan masalah.
Hampir 1 juta pelancong lawat Sabah dalam lima bulan pertama 2023
Angka berkenaan jelas membuktikan sektor pelancongan di Sabah terus menunjukkan pertumbuhan kukuh untuk tahun ini dan masa-masa akan datang.
Isu air: PM Anwar jumpa MB Kelantan, KM Sabah minggu depan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengadakan pertemuan bersama Kementerian Sumber Asli dan Menteri Besar Kelantan bagi membincangkan isu permasalahan air pada minggu depan.
Tahun Baharu Cina bawa semangat keamanan, harmoni dan muhibah di Sabah - Hajiji
Hajiji dalam perutusannya menyampaikan ucapan Tahun Baharu Cina kepada semua masyarakat Tionghua di Sabah.
Wujudkan Kerajaan Perpaduan di Sabah, senario terbaik selesaikan kemelut - Syahruddin
Langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri Sabah ketika ini adalah dengan mewujudkan sebuah Kerajaan Perpaduan di negeri berkenaan.
Bung beri penjelasan isu pergolakan politik Sabah
Beliau turut memberi gambaran bahawa akan ada pengakhiran apa yang berlaku itu.
Politik Sabah: Kedudukan Hajiji sebagai Ketua Menteri terus jadi tumpuan
Pemimpin parti-parti politik masing-masing menyuarakan pandangan berbeza mengenai kedudukan Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah.
Politik Sabah: Hajiji hilang kelayakan, perlu ikut undang-undang, letak jawatan - Warisan
Shafie berkata, Hajiji hilang kelayakan sebagai Ketua Menteri apabila beliau bersama ADUN dan pemimpin bertindak keluar daripada Bersatu.
Hajiji masih dapat sokongan majoriti ADUN Sabah - Masidi
Masidi mendakwa sokongan terhadap Hajiji untuk kekal sebagai Ketua Menteri Sabah turut diberikan oleh tujuh Adun Pakatan Harapan (PH).
MA63: Hajiji dan Abang Jo akan jumpa PM Anwar untuk muktamadkan beberapa perkara
Hajiji menjelaskan, jawatankuasa kerja dan kajian semula mengenai MA63 akan diteruskan di bawah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Kerajaan Sabah umum peruntukan RM54 juta untuk institusi bukan Islam
Kerajaan Sabah mengumumkan peruntukan sebanyak RM54 juta bagi membantu sekolah-sekolah Cina dan mubaligh serta badan keagamaan bukan Islam di Sabah untuk 2023.