Gabungan UMNO-Pas boleh jamin masa depan - Tengku Razaleigh

Gabungan UMNO-Pas boleh jamin masa depan - Tengku Razaleigh
TENGKU RAZALEIGH: Kerjasama itu juga bakal membawa pembaharuan perjuangan orang Melayu dan agama Islam pada masa hadapan.
GUA MUSANG: Kerjasama parti UMNO dan Pas merupakan usaha yang boleh menjamin masa depan negara lebih bahagia.

Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan perkara itu sebagai satu 'kesaktian' luar biasa selepas penyatuan kedua-dua parti berlaku pada tahun 1974.

Beliau berkata, usaha itu harus disambut baik oleh semua pihak dan menyatakan sokongan secara bersama, walaupun terdapat pihak tertentu membuat tuduhan jahat berkenaan kerjasama itu.
"Adanya pakatan seumpama ini (adalah) apabila dilakukan dengan keikhlasan daripada semua pihak. Kita akan berjasa InsyaAllah dan kita tidak ada niat lain.

"Kita nak bersatu supaya kita boleh gunakan kekuatan perpaduan itu untuk negara, dan saya rasa tak ada siapa boleh menuduh kita mempunyai niat lain. Saya harap semua orang yang mempunyai niat berlainan akan balik kepada jalan yang kita buktikan," ujar beliau.

Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang berkata, kerjasama itu juga bakal membawa pembaharuan perjuangan orang Melayu dan agama Islam pada masa hadapan.

Katanya, kerjasama itu bukan untuk merosakan atau mengancam sesiapa, tetapi perpaduan yang akan menjanjikan rakyat kepada era lebih baik berbanding masa lalu.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Gua Musang di Balai Rakyat Bukit Cekati, Gua Musang, Kelantan.

Tag: tengku razaleigh hamzah, parti politik, politik malaysia, umno pas, umno, pas


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.