Tutup

GPS mampu pastikan hak Sarawak kembali terjamin

GPS mampu pastikan hak Sarawak kembali terjamin
Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bersama Presiden-presiden parti politik yang bergabung di dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada pelancaran GPS di Stadium Perpaduan malam Sabtu. - Foto BERNAMA
PETRA JAYA: Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memastikan agenda mendapatkan hak negeri itu, seperti mana termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963, terus menjadi keutamaan, kata Pengerusinya, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Ketua Menteri Sarawak itu berkata, mereka tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang memegang Kerajaan Persekutuan, selagi mana hak Sarawak terus dihormati.
“Kita mempunyai sembilan tonggak yang harus kita pertahankan, dalam usaha untuk mempertahankan hak orang Sarawak dan membangunkan Sarawak sebagai negeri yang maju dalam Malaysia,” katanya ketika menyampaikan amanat sempena pelancaran GPS di Kuching, malam ini.


Gabungan itu selepas empat parti tonggak di Sarawak iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS), dan Parti Demokratik Progresif (SDP) bertindak keluar dari Barisan Nasional, dan menubuhkan dari pakatan baharu.
Berucap lanjut Abang Johari berkata, GPS akan berpegang teguh kepada sembilan tonggak penubuhannya, iaitu:- mendokong Perlembagaan Persekutuan dan negeri; menghormati peruntukan undang-undang sedia ada; mementingkan hak kepentingan Sarawak; serta membangunkan negeri demi kesejahteraan orang Sarawak.


Selain itu ia turut menggariskan usaha membudayakan politik yang berintegriti dan patriotik; memperkasakan ekonomi Sarawak; memupuk perpaduan dan keamanan; membina kecemerlangan generasi muda Sarawak; dan mempertahankan hak, budaya, dan sumber asli negeri itu.

Berucap lanjut, Abang Jo turut menzahirkan iltizam untuk meneruskan legasi Ketua Menteri sebelum ini iaitu Arwah Tan Sri Adenan Satem.

“Sayangnya Tok Nan pergi lebih awal, tetapi semangat dia masih ada. Dan rakan rakan (dalam kepimpinan) terus memberikan saya keyakinan untuk memimpin Sarawak berasaskan semangat dan aspirasi Tok Nan,” katanya lagi.


Tag: Gabungan Parti Sarawak, GPS, Perjanjian Malaysia 1963, Abang Johari Tun Openg, Ketua Menteri Sarawak, Sarawak, pelancaran GPS, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, SUPP, Parti Rakyat Sarawak, Adenan Satem



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.