Berikut adalah kenyataan media Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertajuk "Menyanggah pandangan DAP mengenai pilihan raya kerajaan tempatan":
1. Keperluan hidup bermasyakat mewajibkan wujud pertemuan berbagai kelompok manusia dari berbagai latarbelakang untuk mengumpulkan keperluan asasi bagi kehidupan diri, keluarga dan masyarakat umum. Keperluan asasinya adalah seperti bahan bagi makanan, pakaian, penginapan, perhubungan dan lain-lain sehingga segala kemudahan hidup untuk penambahbaikan, nilai dan kemewahan. Maka wujudnya bandar dan segala pengurusanya, menjadi rukun dan syarat hidup bermasyarakat di peringkat negara dan antarabangsa.
2. Ibnu Khaldun (1332M – 1406M), yang bergelar bapa ilmu “sosiologi – historiogafi – ekonomi” tersohor di seluruh dunia menegaskan lagi : “Bahawa bandar yang dibangun dan dihidupkan juga oleh masyarakat luar bandar dikelilingnya, dan semua pihak yang membekalkan bandar itu menjadi hidup dan maju”. Hakikatnya bukan sahaja peniaga besar, bahkan termasuk peniaga kecil yang datang dari kampung dan pendalaman, sehinggalah petani, nelayan dan pengangkut hasil yang membawanya ke bandar, antara bandar dan sekitarnya, sehingga diedarkan, kerana hasil yang berbeza antara desa dan bandar; dan semuanya menjadi keperluan bersama.
3. Pembangunan bandar bukan sahaja dilihat dari segi kemudahan asas lahiriyah seperti lebuh raya, jalan raya, bangunan, kenderaan yang mencukupi untuk manusia dan barangan, dengan sistem lalu lintas yang lancar dan teratur. Bukan sahaja bangunan industri yang memperoses segala hasil dengan segera, kualiti yang baik, nilai tambah yang menguntungkan. Pasar borong, pasar raya, dan gedung – gedung yang teratur oleh mereka yang merancang bagi pembangunan bandar dan hubungannnya dengan desa; semuanya adalah keperluan perbandaran.
4. Satu hakikat yang kita selalu lupa, atau dilupakan oleh pemodenan yang bersimpang siur bahawa hubungan jasad dan roh kalangan manusia disemua peringkat yang berkaitan bagi mewujudkan keharmonian juga sangat penting, khususnya dalam himpunan masyarakat majmuk seperti Malaysia. Pembangunan insan melalui pendidikan, media, pengurusan dan pentadbiran yang dikawal oleh undang-undang sahaja tidak mencukupi. Ini adalah kerana menjalinkan hubungan sesama manusia tidak sama dengan menyusun kayu dan batu-bata mendirikan bangunan, disebabkan manusia itu ada perasaan yang boleh tersentuh dengan mudah dan menolak paksaan.
5. Dalam aspek ekonomi pendekatan liberal kapitalisma didapati menzalimi orang miskin sehingga menimbulkan pertembungan kelas taraf kehidupan yang boleh menimbulkan ketegangan dalam hidup bermasyarakat. Pendekatan sosialis pula boleh menzalimi orang kaya yang menyumbang kemajuan ekonomi negara. Pendekatan komunis yang lebih radikal sehingga menolak agama menjadi lebih parah. Semuanya tidak dapat memenuhi fitrah manusia atau nalurinya. Manusia punya jasad, roh dan akal, tidak dapat hidup secara individualistik dan mestilah bermasyakat, mewajibkan keseimbangan yang saksama dalam semua aspek. Dunia telah menyaksikan kegagalan semua pendekatan itu. Bandar yang menjadi pusat bergeraknya kegiatan ekonomi, politik dan sosial menerima padah awal daripada segala kesannya yang positif dan negatif.
Rasulullah S.A.W. menegaskan dengan sabdanya :
رحم الله رجلا سمحا إذا باع وإذا اشترى وإذااقتضى (البخاري
(Allah memberi rahmat kepada seseorang yang bersikap pemaaf apabila dia menjual, membeli dan mengendalikan urusan).
Peringatan ini menunjukkan bahawa kita semua wajib bertimbang rasa oleh semua pihak, peniaga, pengguna, dan pentadbir.
6. Dalam aspek politik mengendalikan bandar, maka oleh itu wajib kita mengambil kira semua pihak dan lapisan yang memakmurkan bandar itu. Maka pilihan raya Majlis Perbandaran seperti yang diperjuangkan oleh DAP adalah kembali kepada kesilapan, kerana hanya melihat kepada aspek penduduk bandar sahaja untuk menang pilihanraya dalam jangka yang sangat pendek. Apatah lagi apabila kita melihatnya dari aspek perkauman yang boleh mencetuskan jurang dan polarisasi serta ketegangan di antara penduduk bandar yang bermajoriti kaum Cina yang sangat besar. Lihat sahajalah jurang pendapatan RM250 juta setahun di sebuah Majlis Perbandaran di Selangor berbanding dengan RM50 juta di Majlis Daerah di kawasan desa di Selangor yang pula bermajoritikan satu kaum yang lain.
7. Kita tidak seharusnya melihat kemenangan politik dan penguasaan ekonomi untuk satu pihak dalam masyarakat majmuk. Kita tidak seharusnya mengusulkan sesuatu yang boleh menjadi cetusan ke arah ketidakstabilan, melebarkan jurang masyarakat desa dan bandar, dan yang paling menakutkan kita ialah ketegangan seperti ini boleh menjadi “api dalam sekam” untuk mengulangi peristiwa 13 Mei yang wajib dianggap titik hitam dalam sejarah negara.
8. Kita wajib menerima hakikat masyarakat majmuk yang mesti dijalin dengan baik. Kita perlu melihat semua kalangan dan arah, temasuk Melayu di kampung, India di estet, orang asal dalam kawasan paling pendalaman dan kaum yang paling kecil haram dipinggirkan daripada peranan memakmurkan bandar. Wajib disatukan dalam titik persamaan, saling mengerti dalam bertolak ansur dan bermaafan dalam perkara yang berbeza, berlaku adil terhadap semua.
9. Bandar wajib diurus bukan sahaja pembangunannya, bahkan penduduknya, begitu juga penduduk keliling yang terlibat memakmurkannya, yang menjadi laksana darah yang mengalir ke dalam jasadnya. Kalau perjalanan nya tidak betul, lebih-lebih lagi kalau tersumbat menyebabkan akibat yang sangat malang.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang adalah Presiden PAS
**Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Abdul Hadi Awang
Fri Jan 23 2015
ABDUL HADI AWANG: Pilihan raya kerajaan tempatan boleh menyebabkan ketidakstabilan masyarakat majmuk di Malaysia.
Nahas helikopter Lumut: Lori bawa 10 keranda tiba di Jabatan Forensik HRPB
Kesemua 10 jenazah akan dibawa ke Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh bagi istiadat rasmi sebaik proses bedah siasat selesai.
Piala Asia B-23: "Saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan" - Mukhairi Ajmal
Ketua pasukan Harimau Muda kecewa dengan prestasi sendiri sepanjang Piala Asia B-23.
Niaga AWANI: KL20: MyDIGITAL tingkat daya saing ekosistem startup
Ketua Pegawai Eksekutif, MyDIGITAL, Fabian Bigar berkongsi pandangan beliau berkenaan pembangunan ekosistem startup di Malaysia dan peranan MyDIGITAL dalam usaha tersebut seiring penganjuran KL20 baru-baru ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Mansuhkan undang-undang yang menindas hak asasi
Hakisan ruang sivik di Malaysia seperti yang dilaporkan dan tindakan keras yang diambil terhadap kebebasan asasi menuntut tindakan segera daripada kerajaan.
Niaga AWANI: Strategi pelaburan graduan muda di sebalik tekanan inflasi
Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi, UPM, Dr. Lau Wei Theng berkongsi tentang bagaimana graduan di Malaysia boleh meningkatkan literasi pelaburan di sebalik prospek ekonomi yang tidak menentu.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Prestasi Bursa Malaysia setakat 24 April 2024
Jumlah dagangan naik kepada 3.73 bilion unit bernilai RM2.79 bilion daripada 3.49 bilion unit bernilai RM2.53 bilion pada Isnin.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Ketidaktentuan pasaran global: Impak & Strategi Pelaburan di Malaysia
S&P 500 ditutup lebih rendah untuk tiga minggu berturut-turut, manakala Nasdaq yang terdiri daripada teknologi jatuh untuk minggu keempat berturut-turut. Bagaimana impak ketidaktentuan pasaran global memberi kesan kepada pasaran saham di Malaysia?
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Akaun 3 KWSP: Tingkat literasi kewangan, depani krisis persaraan
Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkongsi pandangan beliau berkenaan pelaksanaan Akaun 3 KWSP serta bagaimana pentingnya literasi kewangan dalam mendepani krisis persaraan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
EPL: Ten Hag anggap reaksi ke atas kemenangan MU umpama 'penghinaan'
Kemenangan yang diraih MU bukan sesautu yang memalukan, reaksi sesetengah pihak berlebihan, bidas Ten Hag.
Adira tenang, Datuk Red tunduk sayu lafaz cerai talak Satu
Rumah tangga Adira berakhir selepas suaminya, Adnan Abu melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat.
Pas kutuk serangan Israel ke atas Pejabat Kaunselor Iran di Syria
Sewajarnya dunia Islam mengutuk Israel yang bukan sahaja dalang di sebalik serangan ini, malah sedang melakukan jenayah perang di Gaza, kata Abdul Hadi.
Pas harap Prabowo buka dimensi baharu hubungan Malaysia-Indonesia
Abdul Hadi berkata, pihaknya berharap hubungan antara Malaysia dan Indonesia akan menjadi lebih baik dan harmoni di bawah pentadbiran Prabowo.
Umat Islam tidak bersatu angkara penjajah - Abdul Hadi
Penjajahan tersebut berjaya memecahbelahkan perkauman pada generasi kini, tegas Abdul Hadi.
Kertas siasatan Hadi Awang telah dihantar kepada AGC - KPN
PDRM mengesahkan kertas siasatan membabitkan kenyataan Abdul Hadi bertajuk 'Ketinggian Islam wajib dipertahankan' telah dihantar kepada AGC.
Isu pencen: 'Ucapan Abdul Hadi tidak tepat, kelirukan orang ramai' - Nik Nazmi
Ucapan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkaitan isu pencen penjawat awam mengelirukan orang ramai, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad.
'Kerajaan ibarat burung tiung, burung kakak tua' - Hadi Awang
Ahli Parlimen Marang itu turut melabel pemimpin di bawah kerajaan sebagai burung kakak tua dan menurutnya, walaupun tua tetapi tidak tahu bercakap.
Abdul Hadi Awang beri kerjasama, polis ambil masa sejam rakam keterangan - Setiausaha Politik
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis yang mengambil keterangan di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut.
Polis rakam percakapan Abdul Hadi esok - KPN
Pegawai khas Abdul Hadi sudah memaklumkan keadaan kesihatan Ahli Parlimen Marang itu kepada polis dan menetapkan keterangan diambil esok.
Tahap kesihatan Abdul Hadi bertambah baik - Setiausaha Politik
Tahap kesihatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang semakin baik dan beliau dapat meneruskan rutin mingguan menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila,pada Jumaat.
Jangan guna agama capai hasrat politik - Zahid
Ahmad Zahid berkata nasihat itu bukan ditujukan kepada individu dan pemimpin parti politik sahaja, sebaliknya juga kepada pemimpin dalam UMNO.