Tutup

Hadi turun Cameron Highlands esok

Hadi turun Cameron Highlands esok
Difahamkan, Abdul Hadi akan turun berkempen di Sungai Koyan dan pada malamnya, beliau akan menghadiri ceramah perdana, sepentas bersama BN. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
GOMBAK: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memaklumkan beliau akan turun membantu kempen BN di Cameron Highlands, esok.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas ditanya adakah Pas akan terus berkempen di Cameron Highlands selepas ini.
“Dah terang-terangan Pas turun berkempen. Selepas ini akan ada banyak lagi.

“Insya-ALLAH saya akan pergi esok,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Sejarah Pas di Taman Melewar, di sini, hari ini.
Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sudah turun ke Cameron Highlands malah bersua muka dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad.

Difahamkan, Abdul Hadi akan turun berkempen di Sungai Koyan dan pada malamnya, beliau akan menghadiri ceramah perdana, sepentas bersama BN.

Tag: Najib Razak, Abdul Hadi Awang, Tuan Ibrahim Tuan Man, PAS, Barisan Nasional, Cameron Highlands, Perdana Menteri, PRK


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.