Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, Datuk Hasni Mohammad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang baharu.

Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor itu berlangsung di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang turut disaksikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menerusi muat naik di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor itu menerima surat tauliah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan dalam istiadat yang berlangsung di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.