Tutup

Henti salahkan BN sebagai alasan tidak mampu laksanakan tugas - Noraini

Henti salahkan BN sebagai alasan tidak mampu laksanakan tugas - Noraini
Norani dipilih mengetuai PAC April lalu selepas pengerusi sebelumnya Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang juga ahli parlimen Beluran melepaskan jawatan selepas menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Memasuki tahun kedua menguasai Putrajaya, Pakatan Harapan (PH) dinasihatkan tidak lagi menyalahkan rejim terdahulu sebagai alasan sekiranya tidak mampu melaksanakan atau tidak tahu menjalankan tugas, kata Ketua Wanita UMNO Datuk Noraini Ahmad.

Kata Noraini, pemimpin PH perlu move on kerana selepas 9 Mei tahun lepas, banyak janji yang ditaburkan ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak ditunaikan.
"Saya melihat yang tidak ada penyelarasan bidang kerja antara ahli Kabinet. Ini kerana mereka saling bercanggah kenyataan dan ada kenyataan yang tidak sepatutnya keluar dari mulut anggota Kabinet," katanya kepada Astro AWANI.

Mengulas peranan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang diterajuinya, Ahli Parlimen Parit Sulong itu menjelaskan jawatankuasa tersebut akan kekal bebas dalam meneliti kewangan kerajaan.
"Saya pernah menyatakan bahawa PAC tidak boleh dipengaruhi oleh politik dalam menilai apa-apa yang dibentangkan di depan ahli," katanya lagi.

Norani dipilih mengetuai PAC April lalu selepas pengerusi sebelumnya Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang juga Ahli Parlimen Beluran melepaskan jawatan selepas menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Hari ini merupakan ulang tahun pertama PH mentadbir negara selepas berjaya menumbangkan Barisan Nasional dalam PRU14 lalu.


Tag: Noraini Ahmad, Wanita UMNO, PAC, Parit Sulong, jawatankuasa kira-kira wang negara, politik, kerajaan, pilihan raya, setahun malaysia baharu, manifesto, janji politik



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.