Lebih 1,000 anggota pergerakan Pemuda UMNO negeri hari ini berhimpun dan berarak ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) bagi mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meletak jawatan berikutan
pertuduhan rasuah yang dihadapinya.
Naib Ketua Pemuda UMNO pusat Khairul Azwan Harun berkata tujuan perhimpunan itu adalah untuk menunjukkan solidariti dalam kalangan anggota Pemuda dan membuktikan anak muda menolak kepimpinan DAP di Pulau Pinang.
"Lim tidak layak lagi memegang jawatan ketua menteri kerana beliau sendiri sedang menghadapi pertuduhan rasuah di mahkamah dan beliau sudah hilang kredibiliti," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada wakil ketua menteri di Komtar, di sini hari ini.
Memorandum yang ditandatangani oleh kesemua 12 ketua Pemuda UMNO bahagian Pulau Pinang itu diterima oleh Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri Zahar Zainul.
Peserta Himpunan Pemuda Bangkit itu mula berkumpul di Menara UMNO negeri pada 1.30 tengah hari dengan semuanya berbaju hitam sebelum mereka berarak ke Komtar untuk menyerahkan memorandum itu.
Mereka bersurai secara aman sejam kemudian setelah diarahkan oleh polis.
Khairul Azwan berkata antara tuntutan yang disenaraikan dalam memorandum itu ialah meminta kerajaan negeri membina lebih banyak perumahan kos rendah; menangani pembangunan negeri yang tidak terkawal; dan menghalang aktiviti tambakan laut.
Beliau berkata Himpunan Pemuda Bangkit ini akan berterusan sekiranya Lim enggan meletak jawatan sebagai ketua menteri.
"Saya boleh memberi jaminan selagi Lim enggan meletak jawatan, Perhimpunan Pemuda Bangkit ini akan terus diadakan di mana-mana sahaja pada bila-bila sahaja, untuk mendesak peletakan jawatan beliau," katanya.
Bernama
Wed Oct 26 2016
Desakan untuk Ketua Menteri Pulau Pinang meletak jawatan. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Kerja baiki paip bocor Sungai Perai ambil masa 24 - 48 jam - Kon Yeow
PBAPP juga telah menggerakkan lori-lori tangki untuk menyediakan bekalan air kepada pengguna yang terjejas.
Melaka kaji cadangan pelarasan tarif air - Ketua Menteri
Kerajaan Melaka sedang melakukan kajian terperinci berkaitan cadangan pelarasan kadar tarif air bagi pengguna domestik di negeri itu.
COVID-19 di Melaka terkawal - Ketua Menteri
Rakyat tidak perlu bimbang atau panik kerana Jabatan Kesihatan Melaka sentiasa memantau situasi terkini kes COVID-19 di negeri itu.
Tiada gerakan jatuhkan Chow sebagai Ketua Menteri P.Pinang - Anthony Loke
Seluruh Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu memberikan sokongan kepada Chow untuk menerajui Pulau Pinang hingga habis penggal.
Kon Yeow mula tugas Ketua Menteri Pulau Pinang secara rasmi
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang mengangkat sumpah jawatan bagi penggal kedua semalam, memulakan tugas secara rasmi hari ini.
25 maut dalam nahas tangki minyak bas meletup
Sekurang-kurangnya 25 orang dilaporkan terkorban dalam sebuah nahas melibatkan sebuah bas di barat India, Maharashtra, pada Sabtu.
PRN: 'Menang dahulu, baru bincang siapa Ketua Menteri Pulau Pinang' - Gerakan
PRN: 'Menang dahulu, baru bincang siapa Ketua Menteri Pulau Pinang' - Gerakan
PRN: Pulau Pinang bubar DUN 28 Jun ini - Chow Kon Yeow
Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 28 Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Loke tegaskan tidak tahu ada usaha singkirkan Chow Kon Yeow sebagai Ketua Menteri
Loke juga menegaskan tidak menerima sebarang memorandum dari mana-mana ADUN DAP Pulau Pinang yang mahu Kon Yeow diganti.
Kumpulan Yayasan Sabah belanja RM685 juta untuk pendidikan
Kerajaan negeri Sabah melalui Kumpulan Yayasan Sabah membelanjakan RM685 juta bagi tujuan pendidikan termasuk biasiswa, dermasiswa dan pinjaman pengajian tinggi sejak 1967 sehingga tahun lalu.