Jawatankuasa Teknikal Hudud Nasional dan jawatankuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah 11 Kelantan membincangkan hasrat Kelantan meneruskan hukum hudud dan kisas di Kelantan sudah mencapai persetujuan beberapa perkara sebelum ianya dapat dibentangkan di Parlimen kelak.

Menurut Timbalan Menteri Kelantan dan juga pengerusi Teknikal Jawatankuasa Kanun Jenayah Syariah 11 Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, perbincangan yang sudah berlangsung menunjukkan perkembangan baik di mana kedua-dua pihak, Pusat dan Negeri sebulat suara bersetuju untuk meminda undang-undang di bawah Akta 355 Kuasa Mahkamah Syariah (bidang Kuasa Jenayah) dan Perkara 76a(1) Perlembangaan Persekutuan.

Katanya, akta berkenaan dan perkara tersebut penting untuk di pinda diperingkat parlimen bagi memboleh hudud sepenuhnya yang melibatkan jenayah, sariqah (curi), hirabah (rompak), zina, liwat, murtad dan bunuh dilaksanakan.

Pada tahun 1993, buat pertama kalinya Kanun Jenayah Syariah 11, Kelantan dibentangkan dan mendapat persetujuan penuh termasuk dua dari wakil rakyat Barisan Nasional.

Kanun itu akan dipinda dengan menambah dua perkara tersebut bagi membolehkan hukum hudud sepenuhnya dijalankan di Kelantan.

Menurut Mohd Amar, keenam-enam undang-undang Jenayah Syariah ini berlaku kerana ia termaktub di bawah kanun jenayah syariah yang membolehkan pesalah dijatuhkan hukuman bagi kesalahan.

“Dua perkara ini memerlukan rang undang-undang Akta 355 dan Perkara 76a (1) untuk membolehkan keenam-enam kesalahan dan kedua-dua jawatankuasa teknikal Kelantan dan Pusat membolehkan pelaksanaan hudud. Ini memerlukan dua perkara iaitu rang undang akta 355 dan perkara 76a(1) untuk membolehkan enam kesalahan ini dan kedua dua jawatankuasa teknikal kelantan dan pusat bersetuju membolehkan hudud dilaksanakan mereka berstuju dua perkara ini di buat itu yang dimaksudkan dengan bersetuju dan dua jawtankuasa ini merumuskan bahawa ianya perlu dipinda kedua-dua akta ini," kata Mohd Amar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas taklimat kepada Ketua Biro dan wakil media Kelantan di sini, malam tadi.

Turut hadir ialah Ketua Seketariat Hudud, Datuk Takiyuddin Hassan, ahli jawatankuasa, Nik Baharom Nik Abdullah dan wakil dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.

Pada 16 Mac, satu sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan dijangka diadakan selama empat hari dan pindaan Kanun Jenayah Syariah 11 Kelantan 1993/2015 akan dibentangkan.

Sekiranya mendapat persetujuan sepenuhnya dari 12 wakil rakyat BN di Dun Kelantan, kanun ini akan di bawa ke Parlimen bagi mendapat sokongan dua pertiga majoriti ahli Parlimen Islam yang kini berjumlah 136 keseluruhannya termasuk dari Umno, Pas, PKR dan DAP.

Kerajaan negeri hanya memerlukan dua pertiga sokongan ahli Parlimen Islam bagi membolehkan hudud dan kisas dilaksanakan di Kelantan.

Katanya, Kanun Jenayah Syariah 11 Kelantan 1993 pindaan 2015 ini hanya terkena kepada orang Islam dan bukan Islam tidak perlu bimbang kerana hukuman ini hanya terpakai kepada orang islam yang melakukan kesalahan di Kelantan.

Menurut Mohd Amar lagi, pada masa ini kerajaan Kelantan sudah bersedia sepenuhnya untuk membentangkan kanun ini dan jawatankuasa teknikal Kanun Jenayah Syariah 11 Kelantan juga sudah bersedia hampir 100 peratus melaksanakan dan menguatkuasakan kanun ini melibatkan persediaan kaedah, undang-undang namun disudut perlaksanaan masih lagi dibincangkan.