Ikuti perkembangan 10 Janji 100 Hari Pakatan Harapan di Astro AWANI!

Ikuti perkembangan 10 Janji 100 Hari Pakatan Harapan di Astro AWANI!
Astro AWANI membawakan 'Kad Laporan 10 Janji 100 Hari Pakatan Harapan menerusi www.malaysiamemilih.com
ADAKAH anda ternanti-nanti perkembangan 10 Janji Pakatan Harapan (PH) yang dilangsungkan dalam tempoh 100 hari seperti yang dijanjikan dalam manifesto PH?

Jika anda enggan ketinggalan dalam mengetahui perkembangan berita terkini berkenaan 10 matlamat kerajaan baharu Malaysia, apa kata anda layari www.malaysiamemilih.com bagi melihat ‘Kad Laporan 10 Janji 100 Hari Pakatan Harapan’ yang baru dilancarkan!



Kad Laporan tersebut mengandungi 10 inisiatif yang dijanjikan manifesto PH iaitu :

1. Memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)

2. Mengembalikan semula subsidi minyak secara bersasar
3. Skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada suri rumah

4. Menangguhkan pembayaran semula pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

5. Menyamaratakan gaji minimum

6. Siasat institusi-institusi yang terpalit dalam skandal terutama sekali isu 1MDB

7. Menghapuskan hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka Felda

8. Mengkaji semula langkah pemberian projek mega kepada negara-negara asing

9. Menubuhkan pasukan bertindak untuk mengkaji memulangkan autonomi yang dijanjikan kepada Sabah dan Sarawak seperti yang tertakluk dalam Perjanjian Malaysia 1963

10. Tingkatkan akses, kualiti perkhidmatan kesihatan


Astro AWANI akan membawakan perkembangan serta analisis mengenai 10 insiatif ini dari masa ke masa.

Bagi setiap janji yang telah ditunaikan, isu tersebut akan ditandakan dengan ‘tick’ di kotak yang ditetapkan.

Tunggu apa lagi? Layari www.malaysiamemilih.com sekarang!