Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini meminta pemimpin terdahulu supaya mengingati konsep 'putaran roda', dengan memberi peluang kepada pemimpin seterusnya untuk menyambung perjuangan mengikut cara tersendiri.
Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, pemimpin sedia ada sepatutnya diberi kepercayaan untuk meneruskan perjalanan dan legasi sebelum ini memandangkan perjuangan berasaskan idealisme tidak boleh diselesaikan dalam masa yang singkat.
"Sebab dalam hidup kita ada putaran roda..satu hari kita akan turun dan bila turun kita sokong pula orang naik barulah perjuangan kita kesampaian dan kepimpinan kita dapat barakah sebab orang akan menghargai (dan) menilai jasa dan legasi kita.
"Ini barulah konsep kepemimpinan.. bukan bila kita tak ada jawatan kita nak jahanamkan, nak kutuk, nak lihat parti yang terlalu banyak jasa pada kita, tertiarap. Ini bukan perangai orang yang sayang UMNO..," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Langkawi di sini hari ini yang dihadiri lebih 1,000 perwakilan. Turut hadir Ketua UMNO bahagian Datuk Ir Nawawi Ahmad.
Perdana menteri berkata, beliau sendiri meneruskan legasi dan perjuangan lima perdana menteri terdahulu dengan melakukan 'tambah nilai' kepada setiap asas perjuangan tersebut, bukannya menjahanamkan apa yang telah dibina selama ini.
"Saya masih ingat dan saya tidak mudah lupa.. saya tidak mudah lupa.. saya masih ingat seorang pemimpin itu berkata, kalau kita tiada jawatan kita perlu sokong orang baru sebab bila kita jadi pemimpin orang lain pula sokong kita, sebab itu kita berjaya," katanya.
Namun, katanya, apa yang berlaku ketika ini adalah sebaliknya apabila pemimpin berkenaan dlihat cuba menghancurkan parti keramat UMNO yang sudah pun berusia 71 tahun itu.
"Kalau dulu lawan sekarang kawan, dulu kawan sekarang lawan.. ini apa..ini bukannya prinsip moral dalam politik, ini politik kerana marah, kecewa dan lupa asas dan nilai perjuangan," katanya.
Katanya sejarah telah membuktikan bahawa mana-mana pemimpin terdahulu yang meninggalkan UMNO, akhirnya akan menyedari bahawa mereka tidak kuat tanpa parti itu, seolah-olah ada sesuatu yang hilang dalam diri mereka.
"Misalnya, Datuk Onn Jaafar (pengasas UMNO) meninggalkan parti dan menubuhkan parti Negara, tapi tak boleh (setanding UMNO) juga," katanya.
Mengibaratkan dirinya sebagai 'pohon rendang', Najib berkata beliau sedar dirinya tidaklah sekuat mana tanpa UMNO dan anggotanya di belakang, namun beliau berharap 3 juta anggota yang menunjangi parti itu agar terus memberikan sokongan penuh dan tidak membiarkan dirinya berseorangan.
"Sebuah parti lebih besar daripada individu, untuk itu kita kena pertahankan parti ini..jika UMNO diibaratkan sebagai sebuah kapal besar, kita tidak boleh menebuk kapal itu kerana akhirnya kita tidak akan dapat membawa penumpang kita menuju ke destinasi," katanya.
Menyentuh mengenai Parlimen Langkawi, Najib berkata beliau akan terus memberikan perhatian serius terhadap pembangunan pulau legenda itu ke tahap yang lebih tinggi.
"Jadi janganlah gusar wahai orang Langkawi, janganlah gabra UMNO Langkawi kerana kerajaan pimpinan UMNO akan terus pastikan Pulau Langkawi ini akan maju lebih hebat lagi pada masa akan datang," katanya dan berjanji akan mengekalkan status Pulau Bebas Cukai di Langkawi.
Najib berkata, kerajaan banyak menyalurkan peruntukan untuk Parlimen berkenaan misalnya melalui pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi yang bernilai RM89 juta, menaik taraf jeti Kuah serta projek bekalan elektrik di Pulau Tuba.
"Selagi ada UMNO dan BN, masa depan kawasan ini akan cemerlang, jangan bimbang saya nak bawa banyak lagi kemajuan untuk Pulau Langkawi," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Sat Aug 19 2017
Najib beramah mesra dengan orang ramai ketika melawat ruang pameran sempena Majlis Perasmian Karnival Digital Langkawi 2017 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri hari ini. --fotoBERNAMA
35 laluan bas Rapid KL terlibat penyelarasan operasi bermula hari ini
Sebanyak 35 laluan atau 13 peratus daripada keseluruhan 264 laluan bas Rapid KL di Lembah Klang termasuk bas perantara Laluan Transit Aliran Massa (MRT) terlibat dalam penyelarasan operasi.
AWANI Ringkas: Kes Bunuh | Korporat | Net Zero 2050
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Beli Kondo Mewah | Komoditi | UNESCO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
AWANI 7:45 [29/03/2024] – Malaysia ada undang-undang | Sindiket seludup membabitkan Kastam | Pegawai polis lindungi kegiatan haram
Ketua Polis Negara beri amaran jangan ambil tindakan sendiri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Guru wanita cabul pelajar direhatkan - Fadhlina
Guru wanita yang didakwa mencabul seorang pelajar lelaki dalam kes tular baru-baru ini, direhatkan sehingga siasatan kes itu selesai.
Umat Islam perlu pertahan tradisi ilmu, akliah Al-Azhar - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa umat Islam di negara ini untuk terus pertahankan tradisi ilmu serta akliah, yang dihidupkan oleh Universiti Al-Azhar (Al-Azhar), Mesir.
Haji furada: Syarikat pelancongan diperintah bayar RM634,000 kepada 25 bekas pelanggan
Kesemua 25 individu selaku plaintif berjaya membuktikan tuntutan terhadap syarikat itu yang dinamakan sebagai defendan dalam saman berkenaan.
Kerajaan Pahang pertimbang bonus raya penjawat awam - MB
Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pihaknya sedang meneliti kedudukan kewangan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dimuktamad.
P. Pinang pantau rapi kapasiti Empangan Air Itam
PBAPP mengambil langkah awal sejak Februari, dengan melaksanakan Pelan Tindakan Empangan Air Itam 2024 (AIDAP 2024) menerusi beberapa strategi.
LTdL 2024 sah bermula di Langkawi tamat di Sarawak
LTdL akan kembali ke bumi Langkawi, destinasi yang akan menjadi lokasi pembukaan perlumbaan peringkat pertama.
Cubaan lelaki Thailand seludup 14,000 pil dadah di Langkawi gagal
Lelaki berusia berusia 42 tahun itu ditahan di Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Feri Langkawi, pada jam 2.30 petang Rabu.
Dua projek infra bernilai lebih RM137 juta di Langkawi dijangka siap ikut masa - KKR
Dua projek infrastruktur di Langkawi bernilai lebih RM137 juta dijangka siap mengikut masa yang ditetapkan iaitu pada Januari tahun hadapan.
Jambatan Sungai Peranginan Oriental Village, Langkawi dibuka
Jambatan Sungai Peranginan Oriental Village di Langkawi yang dibina bagi mengatasi masalah kesesakan mula dibuka kepada pengguna jalan raya.
Di mana Wan Saiful ketika wartawan Al-Jazeera dihalau dari Malaysia? - Fahmi
Fahmi berkata Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional itu pernah berdiam diri ketika wartawan Al-Jazeera dihalau dari Malaysia pada 2020.
Lelaki warga AS didakwa hasilkan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak di Langkawi
Seorang lelaki warga Amerika Syarikat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menghasilkan bahan penganiayaan seksual terhadap seorang kanak-kanak.
Raja Harald V jalani prosedur memasang perentak jantung sementara
Raja Norway, Raja Harald V dilaporkan memasang perentak jantung (pacemaker) sementara pada Sabtu di Hospital Maliha, Langkawi.
Raja Norway kian pulih, masih dirawat di Langkawi
Tumpuan sekarang ialah memastikan Raja boleh pulang ke Norway dengan menaiki kapal terbang dalam beberapa hari akan datang.
Kesihatan Raja Harald V semakin baik - Istana Norway
Raja Norway Raja Harald V yang kini sedang menjalani rawatan di Hospital Sultanah Maliha (HSM) di Langkawi, Malaysia semakin pulih.
Raja Norway, Raja Harald V kini dirawat di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi
Raja Norway Raja Harald V dikejarkan ke Hospital Sultanah Maliha Pulau Langkawi, kata jurucakap Keluarga Diraja Norway pada Selasa.