Pas tidak menyerang Barisan Nasional (BN) kerana mereka bukan lagi sebuah kerajaan, kata Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Mohd Amar, yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata tiada guna menyerang pihak yang telah tumbang kerana mereka tidak lagi mempunyai sebarang kuasa.
"Buat apa kita menyerang yang sudah tiada. Semua orang akui BN memang banyak isu rasuah dan kita memang mengkritik (ketika BN masih berkuasa), jadi bila dah jatuh takkan kita nak serang lagi orang yang sudah jatuh.
"Tun Daim (Zainuddin) sendiri dah sebut jangan bangkit kesalahan-kesalahan kerajaan yang lalu, fokus kepada kerja, dan kalau betul pimpinan-pimpinan lama ada isu rasuah, ambil tindakanlah kerana mereka (Pakatan Harapan) kini sudah berkuasa dan bawalah ke mahkamah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Singgahsana Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad yang ke-49 di Istana Balai Besar di sini, hari ini.
Istiadat yang disempurnakan Pemangku Raja Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra itu turut dihadiri Tengku Temenggong Kelantan Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.
Sempena istiadat berkenaan, seramai 205 menerima Darjah Kebesaran termasuk lima dilantik sebagai Jaksa Pendamai manakala 397 penerima Bintang, Pingat dan Surat Kepujian akan menerima pengurniaan kehormatan kebesaran negeri pada 4 Mac tahun depan.
Mohd Amar mengulas mengenai dakwaan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu semalam, yang mempersoal sikap segelintir ahli politik berstatus 'lebai' yang dikatakan tidak bersungguh-sungguh melawan isu rasuah dan penyelewengan dilakukan pemimpin kerajaan terdahulu dan hanya ghairah mahu membangkitkan isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) semata-mata.
Mohd Amar berkata tindakan wakil rakyat PAS membangkitkan isu LGBT memandangkan ia merupakan isu semasa yang sepatutnya diberi perhatian oleh kerajaan.
"Sekarang ini isunya berkaitan rakyat, berkaitan Islam, dan janji-janji yang tidak ditunaikan. Itu yang kita jadikan fokus dalam Parlimen," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 11 2018
Mohd Amar berkata tiada guna menyerang pihak yang telah tumbang kerana mereka tidak lagi mempunyai sebarang kuasa. -Gambar fail
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).