Tutup

Isu peralihan kuasa: 'Nak bincang boleh, tapi...' - Anwar

Isu peralihan kuasa: 'Nak bincang boleh, tapi...' - Anwar
Anwar berpandangan buat masa ini PH mempunyai tugas yang jauh lebih besar, iaitu memberi fokus kepada pembangunan dan baik pulih ekonomi negara. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak mempunyai halangan sekiranya perbincangan mengenai peralihan kuasa dibawa ke Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun, beliau berpandangan buat masa ini PH mempunyai tugas yang jauh lebih besar, iaitu memberi fokus kepada pembangunan dan baik pulih ekonomi negara.
"Masalahnya adalah apabila ada pihak yang cuba meremehkan proses (peralihan jawatan Perdana Menteri) ini. Pembangkang tidak menjadi gangguan kepada kita, malah tidak sepatutnya dibiarkan menjadi gangguan.

"Kita patut fokus kepada ekonomi dan biarkan (Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad terus menjalankan tugasnya.
BACA: Isu peralihan kuasa: Kita boleh bercakap - Tun Mahathir

"Perkara ini tidak terlalu rumit kerana keputusan telah dibuat. Kalau PH nak bincang, tak ada masalah tetapi dalam masa yang sama kita kena fokus kepada ekonomi," kata Anwar ketika ditemui selepas menghadiri program Wacana Ilmiah bertajuk Masa Depan Budaya Ilmu dalam Peradaban Nusantara di Institut Antarabangsa Tamadun Islam dan Dunia Melayu (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Dr Mahathir, sebelum ini telah menyatakan persetujuannya untuk membincangkan isu peralihan jawatan tertinggi itu dalam Majlis Presiden PH.

Sementara itu, Anwar menafikan dakwaan yang kononnya PKR Sabah sudah menerima keahlian bekas Kbekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

BACA: Permohonan Salleh Said Keruak belum diputuskan PKR - Anwar

“Belum, ada proses yang masih berjalan. Kita akan bincang dan minta pendapat cabang dan negeri.

“Kalau PKR Sabah setuju, dia bawa ke PKR Pusat dan akan mesyuarat dulu," ujarnya.



Tag: Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pakatan Harapan, PKR, Tun Dr Mahathir Mohamad, pembangkang, Salleh Said Keruak, peralihan kuasa, Mahathir Mohamad, Perdana Menteri



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.