Situasi politik di Terengganu ketika ini berada pada tahap terbaik kerana semua permasalahan telah berjaya diselesaikan dalam suasana penuh kekeluargaan, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu itu berkata tiada lagi sebarang isu berbangkit dan fokus kini terhadap persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.
"Kami sudah selesaikannya secara kekeluargaan... kami mahu bergerak ke hadapan... kami penuh yakin akan dapat mengekalkan kuasa dan menambah bilangan kerusi (pada PRU14)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said pada majlis perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kemaman semalam yang mahu semua pihak melupakan pergeseran lampau dan terus mengutamakan parti untuk kemenangan PRU14.
Mengenai senarai calon yang bakal bertanding pula, Ahmad Razif berkata ia akan dimuktamadkan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan akan akur dengan pilihan pucuk pimpinan parti.
"Kami tidak kisah siapa pun yang bakal menjadi calon, kami jentera parti bekerja untuk kepentingan parti. Siapa sahaja yang dicalonkan, kami kerja untuk memastikan kemenangan," katanya.
Terdahulu, Ahmad Razif menyampaikan hadiah bersempena Minggu Sukan Seberang Takir Cikgu Razif Bersama Komuniti di Seberang Takir.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 09 2017
AHMAD RAZIF: Kami mahu bergerak ke hadapan.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Agihan kerusi PH-BN Terengganu selesai - Ahmad
Proses agihan selesai dalam tempoh sebulan selepas tiga kali perbincangan dan keputusan telah diserahkan kepada Presiden UMNO.
PRN: Pas jangan terlalu yakin dapat tawan semua kerusi DUN Terengganu - Ahmad Razif
Bekas Menteri Besar Terengganu itu yakin rakyat akan membuat keputusan yang terbaik pada PRN nanti.
PRU15: Bertanding atau tidak, terserah kepada parti - Ahmad Razif
Beliau menyerahkan kepada pimpinan parti bagi memutuskan sama ada akan kekal bertanding di kerusi DUN atau sebaliknya.
Bekas MB Terengganu nafi sedia lepas kerusi DUN Seberang Takir
Ahmad Razif berkata beliau tidak pernah membuat kenyataan tersebut dan terkejut apabila ramai yang bertanyakan soalan mengenainya sejak malam tadi.
Hormati keputusan Jailani letak jawatan, kekalkan perpaduan - Ahmad Razif
Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata keputusan itu adalah hak peribadi Jailani tanpa sebarang paksaan.
Jailani lepas jawatan dalam parti
Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Hulu Terengganu (2013-2018) lepaskan semua jawatan dalam parti termasuk sebagai Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu yang digalasnya sejak Oktober 2013.
Samsuri akui Ahmad Razif pemimpin berjiwa besar, akan bekerjasama
Kedua-dua mereka dilihat berbual santai hampir 15 minit sebelum upacara menandatangani dokumen penyerahan tugas.
Pemuda BN hadiah replika helikopter untuk MB Terengganu
Ia dihasilkan khas untuk menteri besar sebagai tanda sokongan anak muda kepada kepimpinan BN.
Alaa...gaduh 'adik-beradik', tak ke mana
Selain itu, khabar angin mengatakan wujudnya kumpulan yang akan membuat bantahan terhadap individu bertanding pada hari penamaan calon itu juga meleset sama sekali.
Saya setia pada parti, tak jadi hal jika ada MB baharu - Ahmad Razif
Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir itu berkata, sekiraya itu terjadi, sokongan penuh akan diberikan kepada menteri besar yang baharu.