Datuk Lokman Noor Adam diminta tidak menggunakan platform media sosial untuk mengemukakan persoalan yang berat kepada pimpinan UMNO sekali gus mengundang persepsi buruk ahli akar umbi terhadap pucuk pimpinan atasan.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Selangor, Rizam Ismail menegaskan, ia seolah-olah langkah Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu mencari populariti dengan melibatkan ketidakpercayaan diri sendiri ke atas pucuk pimpinan atasan parti.
Jelasnya, paling penting ahli seharusnya meningkatkan kredibiliti dalam mendapatkan kepercayaan daripada seluruh ahli parti.
"Atas pertuduhan berat Lokman terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kita desak jawatankuasa disiplin parti untuk memanggil dan mendengar tuduhan yang dibuat Lokman sekali gus menjatuhkan hukuman yang setimpal atas pertuduhan yang telah dilakukan.
"Tindakan hukuman yang setimpal ini juga amat perlu sekali dibuat sebagai pengajaran kepada ahli ahli UMNO yang lain, seterusnya menjaga maruah institusi Presiden UMNO daripada diserang lagi dalam parti sendiri yang tidak mengikut lingkungan undang-undang dalam kebebasan bersuara yang diamalkan selama ini di dalam parti," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu.
BACA: Gesa tindakan terhadap Lokman Adam berhubung kenyataan hina mahkamah
BACA: Lokman Noor Adam didakwa mengapi-apikan orang awam di laman YouTube
Lokman sebelum ini membuat satu posting Ahmad Zahid yang mempersoalkan kononnya Presiden UMNO itu tunduk kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan niat untuk dilepaskan daripada 87 pertuduhan di Mahkamah.
Jelas Rizam, perbuatan Lokman itu disifatkan perkara serius dan boleh menjatuhkan kredibiliti UMNO sendiri.
"Di saat parti kembali meraih kepercayaan seluruh rakyat Malaysia dan kerajaan PH itu sendiri mengalami kesukaran dalam mentadbir negara adalah menjadi satu kewajipan kita sebagai ahli parti untuk mempunyai kesedaran dalam diri sendiri dalam mempertahankan UMNO," ujarnya.
Selain Rizam, Pemuda UMNO Kelantan dan Johor turut menggesa parti itu memecat keahlian Lokman dan jawatan yang disandangnya dalam Majlis Tertinggi UMNO.
Dalam kenyataan berasingan, Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor berkata tindakan keras perlu diambil terhadap Lokman berikutan dakwaan yang dibuatnya terhadap Ahmad Zahid.
Sementara Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd Hairi Md Shah menyifatkan tuduhan Lokman sebagai jahat, melampau dan secara tidak langsung mengaibkan pucuk pimpinan parti.
Astro Awani
Sat Dec 28 2019
RIZAM: Pemuda UMNO Selangor mendesak jawatankuasa disiplin parti untuk memanggil dan mendengar tuduhan yang dibuat Lokman sekali gus menjatuhkan hukuman yang setimpal atas pertuduhan yang telah dilakukan. - Gambar Astro AWANI
Polis giat kesan tiga lelaki bakar anak kucing di Kajang
Perbuatan berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi berkenaan.
Insiden tembakan KLIA: Suspek dituduh di Mahkamah Kota Bharu hari ini
Suspek berusia 38 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Sepang selepas pertuduhan.
Nahas helikopter Lumut: Sultan Pahang titah masjid laksanakan solat jenazah ghaib
Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa sedih dan dukacita dengan tragedi itu yang mengorbankan 10 anggota TLDM.
Harimau Muda tutup kempen di Qatar tanpa sebarang kemenangan
Harimau Muda tamatkan kempen di tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata susulan tewas 0-2 masing-masing di tangan Uzbekistan dan Vietnam dalam dua aksi pertama.
[LAPOR LANGSUNG] Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk libatkan helikopter
Kedua-dua helikopter sedang menjalani raptai buat kali ketiga sempena sambutan Hari Terbuka Armada TLDM yang dijangka berlangsung Sabtu ini.
Qatar masih komited sebagai perantara dalam rundingan gencatan senjata di Gaza
Qatar masih komited untuk menjadi orang tengah antara Hamas dan Israel untuk mencapai satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk libatkan helikopter
TLDM mengesahkan 10 anggotanya terkorban melibatkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru Fennec TLDM.
Nahas helikopter Lumut: 'Amirulfaris orang yang baik, orang baik selalu pergi dulu'
Mohamad Amirulfaris sangat menjaga kebajikan ibu bapanya dan seorang yang sangat peramah dengan saudara-mara.
200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah yang bakal memburukkan keadaan
Sejak Oktober tahun lepas, tentera Israel telah membunuh 34,183 warga Palestin dan mencederakan lebih 77,000 yang lain.
Nahas helikopter Lumut : “Anak saya wira negara” - Bapa
Mohamad Borak reda dengan apa yang berlaku kerana tragedi sebegini adalah resam sebagai pejuang negara.
KPT bantu urus bawa pulang jenazah dua pelajar Malaysia maut di New Zealand
Zambry berkata pihaknya sedang mendapatkan maklum balas dan maklumat lengkap berhubung pelajar terlibat daripada Kementerian Luar (Wisma Putra).
Kerajaan tanggung RM2 bilion subsidi petrol sebulan, jika tangguh pelaksanaan subsidi bersasar
Kerajaan perlu mematuhi jadual pelaksanaan penstrukturan semula subsidi pukal kepada subsidi bersasar tahun ini.
Program Repatriasi Migran: Lebih RM9 juta kompaun dikutip setakat ini
Program berkenaan dilaksanakan pada 1 Mac hingga 31 Disember depan.
Pemimpin masyarakat, agensi kerajaan perlu bantu usaha noktah kemiskinan tegar - Azman
Peranan pemimpin masyarakat dan agensi kerajaan sangat penting untuk memantau serta memberikan laporan kepada pihak kerajaan.
Kerajaan capai sasaran defisit fiskal pada 2023 - Kementerian Kewangan
Paras defisit fiskal diunjur terus berkurang kepada 4.3 peratus pada 2024 seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 melibatkan pinjaman baharu berjumlah RM85.4 bilion.
Kerajaan komited perluas ekonomi digital, penuhi keperluan pelabur
Langkah itu juga seiring dengan kedudukan Malaysia yang mempunyai gabungan faktor unik dan menjadi hab pelaburan utama di Asia Tenggara.
Kerajaan sentiasa beri peluang kepada golongan berpendapatan rendah miliki rumah
Peluang buat golongan berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman sendiri dibuka antaranya melalui program Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).
Setiausaha Akhbar, UKK perlu rangka naratif lawan fitnah, tipu daya - PM
Ia untuk menangkis dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang menangguk di air keruh terhadap usaha kerajaan merungkai masalah rakyat.
Thailand di kedudukan ke-63 Indeks Demokrasi EIU 2023
Indeks itu berdasarkan 5 kategori iaitu proses pilihan raya dan pluralisme, kebebasan sivil, fungsi kerajaan, penyertaan politik dan budaya politik.
Kerajaan, pesara hakim diberi tempoh sebulan selesai saman berhubung isu pencen
Mahkamah Tinggi memberi tempoh sebulan kepada kerajaan dan 35 individu untuk mencapai kata sepakat berhubung penyelesaian dalam kes saman membabitkan isu pencen.